1. SEMALAM, Mufti Wilayah mengumumkan bahawa keenam-enam anggota bomba yang lemas dalam usaha menyelamat seorang remaja dianggap sebagai syahid. Barangkali ada yang bertanya, mengapa mati lemas dianggap sebagai syahid?
2. Kurniaan gelaran syahid kepada mereka ini sebenarnya dianugerahkan sendiri oleh Rasulullah. Dalam sebuah hadith, Rasulullah bersabda:
Ų§ŁŲ“ُّŁَŲÆَŲ§Ų”ُ Ų®َŁ
ْŲ³َŲ©ٌ : Ų§ŁŁ
َŲ·ْŲ¹ُŁŁُ ، ŁَŲ§ŁŁ
َŲØْŲ·ُŁŁُ ، ŁَŲ§ŁŲŗَŲ±ِŁŁُ ، ŁَŲµَŲ§ŲِŲØُ Ų§ŁŁَŲÆْŁ
ِ ، ŁَŲ§ŁŲ“َّŁِŁŲÆُ ŁِŁ Ų³َŲØِŁŁِ Ų§ŁŁَّŁِ
"Terdapat lima jenis kematian yang dianggap syahid: iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah." (HR al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam riwayat Ibn Majah pula, terdapat penambahan bahawa mereka yang mati terbakar juga dinilai sebagai syahid.
3. Al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa, kelima-lima jenis kematian ini dianggap sebagai syahid kerana mereka menghadapi maut tidak seperti manusia biasa. Seksaan yang mereka lalui lebih dari yang lain. Dengan itu mereka digelar sebagai syahid akhirat. Di dunia, jenazah mereka tetap diuruskan seperti jenazah lain, namun di akhirat mereka dikurniakan kedudukan syahid.
4. Al-Imam Ibn al-Tin menyampaikan pandangan yang hampir sama. Kematian yang berat sebegini adalah penyuci dosa mereka, menambah ganjaran buat mereka lalu Allah mengangkat kedudukan mereka sebagai syahid.
5. Mereka yang dikurniakan syahid ini akan dijamin keampunannya oleh Allah. Perkara ini disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, yang menyatakan bahawa Rasulullah bersabda:
ŁŲŗŁŲ± Ų§ŁŁŁ ŁŁŲ“ŁŁŲÆ ŁŁ Ų°ŁŲØ Ų„ŁŲ§ Ų§ŁŲÆŁŁ
"Allah mengampunkan semua dosa bagi mereka yang syahid kecuali hutang."
Dalam perihal hutang pula, keluarga syahid seharusnya bertanya atau memohon kepada mereka yang mengenali syahid supaya memaklumkan sekiranya si syahid ada mempunyai hutang.
MasyaAllah, hadith yang terakhir ini seharusnya menginsafkan. Sekalipun kita dikurniakan syahid, hutang tetap mesti diselesaikan.
Moga Allah mengurniakan kita semua syahid.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
No comments
Post a Comment