NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kita Dipaksa Menerima Agama Baru Dari Barat


Oleh: DR EY Fathi Yusof
Gombak
Okt 2018

Konsep dan slogan hak asasi manusia lahir dari perjuangan untuk menuntut pembelaan ke atas mereka yang tertindas. Ia tumbuh di Eropah dalam iklim penentangan ke atas kezaliman penguasa yang bertopengkan agama di penghujung Zaman Gelap Eropah.

Dalam masa yang sama dunia Islam sama sekali tidak menghadapi masalah dengan pemerintah yang berteraskan agama. Di dunia Islam, semakin kuat pemerintah itu dengan agama, semakin makmurlah negara itu.

Hak asasi manusia bukan satu slogan yang menarik perhatian orang Islam di saat kegemilangan Islam, kerana dalam Islam hak rakyat terjamin dan terjaga apabila pemerintah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan yang dituntut sebagai pemerintah.

Namun, kemunduran umat Islam dan penjajahan Barat ke atas dunia Islam mengubah realiti itu. Barat cuba sedaya upaya menjaja dan menekan agar konsep hak asasi ini diterima sebagai teras pemerintahan negara umat Islam. Penguasaan Barat ke atas badan antarabangsa dan dominasi dalam media, dan ekonomi dunia memudahkan kerja mereka.

Mereka menjaja hak asasi seolah-olah ia adalah satu agama baru. Maka terpulanglah kepada pemimpin negara umat Islam, sama ada bertahan dengan jati diri sejati atau pun tunduk kepada tekanan Barat yang menjajah dengan rupa baru.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo