NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan Tak Minta Sedekah – Hadi



Permohonan bantuan kewangan kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Pusat merupakan sesuatu yang wajar berdasarkan amalan federalisma.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Kerajaan Pusat mempunyai kewajipan untuk membantu negeri-negeri yang tertakluk di bawah federalisma seperti Kelantan.

“Rakyat Kelantan pun bayar cukai, dan semua dibayar kepada kastam yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat.




“Kelantan ada hasil bumi yang Kerajan Pusat ambil, itu (bantuan) tanggungjawab yang Kerajaan Pusat perlu laksanakan, kita bukan minta sedekah,” katanya kepada media ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.

Walaubagaimanapun, Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata wujud kekangan pada waktu terdahulu yang memaksa Kerajaan Kelantan memohon peruntukan.

Menurut beliau kekangan tersebut berpunca daripada tekanan Kerajaan Pusat yang sengaja melengahkan bayaran kepada Kerajaan Kelantan.

“Yang patut dibayar bulan Mac sengaja mereka (Kerajaan Pusat) bayar bulan Disember, jadi Kelantan tidak dapat membayar gaji.


“Isu ini sudah pulih, Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan akhir mereka laksanakan dan kita harap kerajaan Pakatan Harapan (PH) laksanakan lebih baik, khususnya royalty petroleum Kelantan yang diambil Petronas,” katanya.

Mengulas mengenai sindiran Guan Eng tentang hutang Kerajaan Kelantan yang paling tinggi kepada Kerajaan Persekutuan, Abdul Hadi berkata semua kerajaan negeri berhutang, namun yang faktor utama ialah kemampuan untuk membayar kembali hutang tersebut.

“Semua negeri berhutang, tetapi kerajaan negeri boleh bayar kembali hutang dan boleh bertahan memerintah sampai 28 tahun dalam keadaan kepungan.

“Saya percaya Pulau Pinang tidak mampu bertahan selama itu jika tiada hasil seperti Kelantan,” katanya.



Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo