NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kebenaran Pesta Arak : Alasan Longgar, Parti Seks Juga Tidak Mustahil Dianjurkan



1. Tindakan kerajaan pimpinan PH yang memberikan kebenaran untuk penganjuran pesta arak "Oktoberfest" adalah sangat bersalahan dengan prinsip Islam dan siyasah syariyyah bagi sebuah negara majoriti Muslim. Berpesta minum arak merupakan syiar kemungkaran yang wajib dibenteras oleh kerajaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Berpesta sangat berbeza dengan minum secara individu. Berpesta menjadi syiar kemungkaran yang merosakkan dan memudharatkan masyarakat. 

2. Sekiranya, alasan permohonan telah dibuat, diadakan di premis persendirian dan tempat tertutup serta tidak melibatkan orang Islam dijadikan sandaran bagi memberikan kebenaran, tidak mustahil penganjuran parti seks juga bakal menjadi acara tahunan yang baharu di negara ini.

3. Sepatutnya, ia ditangani dengan mengambil kira kedudukan Islam dan sensiviti orang-orang Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini serta kepentingan awam terutamanya melibatkan aspek ketenteraman dan keselamatan.

4. Ini kerana bahaya arak ini bukan sahaja menghilangkan kewarasan akan peminumnya, lebih daripada ini boleh mengakibatkan korban nyawa peminumnya dan orang lain. Saya juga pernah menjelaskan mengenai keburukan arak ini, sila rujuk : https://drtakiri.blogspot.com/2017/04/penagihan-alcohol-dr-khairuddin-takiri.html?m=1.

5. Jika prinsip menghormati penganut agama lain untuk melakukan apa yang tidak dilarang oleh agama mereka dijadikan alasan, ia bercanggah dengan kitab-kitab suci atau rujukan agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikhisme dan Yahudi yang menyatakan secara jelas dan banyak tentang larangan atau pengharaman arak ini. Namun, bantahan saya berfokus pada perbezaan antara minum secara individu dengan berpesta arak yang menjadi syiar kemungkaran dalam sebuah negara majoriti Muslim. 


“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo