Projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura bakal diteruskan.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata jambatan yang menjadi salah satu daripada projek utama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini diteruskan selepas Mahathir kembali memimpin negara.
“Itu adalah kehendak Tun Dr. Mahathir di mana dahulu dia suruh tetapi Tun Abdullah (Ahmad Badawi) tak mahu buat, (Datuk Seri) Najib (Razak) tak mahu buat.
“Sekarang, dia jadi PM semula, pada mesyuarat Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar bulan lalu dia bertanya sama ada Johor masih mahu jambatan bengkok itu.
“Saya kata terpulang Tun, ini idea Tun. Jika Tun mahu (jambatan) ini diteruskan saya hanya ikut. Ia mempunyai banyak kebaikan,” kata Osman kepada media di lobi Parlimen pada Selasa.
Berdasarkan rancangan asal, projek jambatan lebuh raya enam lorong itu bertujuan menggantikan Tambak Johor yang semakin usang dan mengalami masalah kesesakan luar biasa hampir setiap hari.
Walaupun tidak mendapat persetujuan Singapura, namun Mahathir meluluskan projek tersebut dengan membina separuh daripada jambatan tersebut sebelum menyambungnya semula dengan bahagian Singapura.
Walaubagaimanapun, projek tersebut dibatalkan oleh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Wartawan Watan-Online
No comments
Post a Comment