NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Teksi, Biarlah Menang-Menang



Oleh: Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
23/10/18

Isu teksi dan Grab semakin panas. Pemandu teksi merasakan mereka ditipu oleh janji manis PH sebelum PRU 14. Saya sering menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini selain LRT, ETS baik semasa menjadi MP hingga sekarang. Perbualan saya dengan pemandu teksi dan pengalaman menerima memo pemandu teksi sewaktu di hadapan bangunan parlimen dan banyak mendengar rungutan . Isu ini dibangkit di dalam parlimen supaya suasana menang-menang.

Memang pemandu teksi tertekan dengan sistem yang ada. Mereka terpaksa membayar sewa antara RM40-RM50. Ertinya mereka wajib mendapat  RM120-RM150 sehari baru mereka mendapat gaji. Ada yang saya temui tengah malam masih berada di jalan raya, kerana tidak dapat lagi untuk bayar sewa. Belum kira kemalangan lagi, semua ditanggung sendiri. 

Saya dimaklumkan syarikat ambil  insyuran 3rd party.  Ertinya apabila berlaku sesuatu pemandu yang kena tanggung. Banyak dari kalangan mereka pinjam dengan along untuk baiki teksi apabila berlaku kemalangan atau teksi rosak. Tidak hairanlah kepada kita kadang-kadang teksi mereka tidak terurus dan terlalu uzur. Bukan mereka tidak mahu mencantikkan kenderaan tetapi mereka hendak pastikan perut mereka dan anak isteri berisi dahulu. Inilah realiti sebenarnya.

Permit dimiliki oleh syarikat kroni yang hanya goyang kaki. Kalau RM40 sehari, satu bulan RM1200.  Bayar kepada bank RM600. Ertinya RM600 bersih untuk sebuah teksi. Kalau syarikat ini ada 100 buah, sudah dapat mengumpul RM60,000 sebulan.  Pemandu teksi makan air embun dan air mata. 

Mereka menuntut supaya peraturan yang guna pakai kepada teksi perlu juga dikenakan kepada grab seperti insyuran, Puspakom, etika pakaian dan sebagainya. Hentikanlah pemberian permit kepada syarikat dan berikan permit individu kepada pemandu. Selesaikan dengan cara yang terbaik. Biarlah suasana menang-menang. Kedua-dua ini memberi sumbangan dan kemudahan kepada pengguna

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo