KOTA BHARU – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan tiada tempat untuk gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia.
Beliau berkata ada prinsip tertentu dalam negara ini yang harus dihormati oleh semua rakyatnya walaupun berbeza bangsa dan agama.
“Baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Hindu dan Buddha semua berpakat dalam pendirian yang sama,” katanya ketika berucap pada Amanat Perdana Agenda Malaysia Baharu di Bandar Baharu Tunjong di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir.
Dalam pada itu, Anwar turut menasihati perwakilan yang akan mengundi sempena pemilihan parti yang sedang berlangsung secara berperingkat ketika ini supaya memilih calon yang terbaik dan mengelak berlaku perbuatan rasuah.
“Sebab itu saya sangat keras bila saya perhatikan kepimpinan kita agak lupa dan cuai. Masa pemilihan ada projek… kalau nak sokong kena berkait dengan wang dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA
Sumber: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/tidak-ada-tempat-untuk-lgbt-di-malaysia/
No comments
Post a Comment