Masing -masing serius mengemukakan idea dan merancang penganjuran bersama ceramah agama dan program santai anak muda dalam waktu terdekat |
Oleh : Normala Sudirman
Sekijang,26 September 2018/ 16 Muharram 1440H (Rabu) - PAS Kawasan Sekijang menyambut baik sikap yang ditunjukan oleh kedua-dua buah parti Melayu dan Islam (PAS/UMNO) terbesar di Malaysia untuk berbaik dan berkerjasama demi menjaga kepentingan Islam dan Melayu di negara ini.
Normala Sudirman ,Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat(PAR) Negeri Johor merangkap Penyelia Pusat Aduan Rakyat(PAR)DUN Pemanis,berkata, pihaknya menyokong penuh sebarang usaha dilakukan oleh kedua-dua parti (PAS/UMNO) untuk menjalinkan kerjasama demi menjaga kepentingan Islam dan Melayu di Malaysia.
“Sudah sampai masanya, kedua-dua parti tersebut memikirkan suatu mekanisme maupun tindakan konkrit menjalinkan kerjasama bukan sahaja dari sudut politik, sebaliknya dalam semua aspek yang berkaitan masa depan umat Islam dan Melayu, di samping tidak mengenepikan hak-hak kaum lain yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, jelasnya.
Konsep Ta'awun Siyasi adalah penting demi perpaduan Ummat Islam di Malaysia .
Katanya lagi, ia memandangkan, akhir-akhir (era kerajaan PH) ini kelihatannya jelas sekali, semakin berani dan vokalnya golongan-golongan tertentu tampil mempertikaikan kedudukan Islam dan hak-hak orang Melayu dan bumiputera, di samping kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia.
“Apa yang berlaku ini, boleh difahami sebagai ‘kuasa politik’ umat Islam Melayu adalah sangat lemah di dalam kerajaan baru PH, menyebabkan golongan tertentu tersebut begitu berani menyuarakan pandangan dan membuat tuntutan dalam perkara-perkara yang sensitif sert boleh mencetuskan ketidakstabilan dan menggugat keharmonian dalam masyarakat, katanya.
Oleh itu, perlu ada iltizam yang bersungguh-sungguh oleh semua pihak terutama kepimpinan parti-parti politik umat Islam dan Melayu bersatu dan mengepikan kepentingan peribadi masing-masing, tegasnya.
PAS Kawasan Sekijang berpendirian bahawa bukan PAS/UMNO sahaja (menjalin kerjasama), bahkan parti-parti politik lain yang berteraskan Islam dan Melayu juga wajar mengambil inisiatif yang serupa, duduk semeja bagi mencari mekanisme menwujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk rakyat dan program kemasyarakatan atau pun di peringkat sesebuah komuniti.
Tidak mustahil juga sebuah gabungan politik di atas nama umat Islam dan Melayu di negara ini,bakal ditubuhkan kerana di dalam politik,segalanya berkemungkinan ",katanya lagi.
Perkembangan mutaakhir antara PAS/UMNO seperti yang disuarakan oleh kepimpinan tertinggi di kedua-dua parti memberi mesej positif bahawa persengketaan lebih 60 tahun antara mereka (PAS/UMNO) akan berakhir, sekaligus ia membuka lembaran baru dalam landskap politik umat Islam dan Melayu di negara ini.
Normala menambah, penyatuan umat Islam dan Melayu samada melalui parti-parti politik, NGO maupun individu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak dengan penuh kejujuran dan ketelusan serta dengan penuh keikhlasan.
Adalah mustahak buat masa kini, semua pihak meletakkan agenda kesatuan umat Islam dan Melayu lebih utama, bukannya semata-mata hanya tertumpu untuk “berlawan” dalam pilihanraya sahaja.
“Tidak ada gunanya, banyak parti politik Melayu dan Islam, tetapi tidak boleh mendapat sokongan majoiriti rakyat. Keadaan tersebut tidak menguntungkan mana-mana pihak, khususnya umat Islam dan Melayu, sebaliknya ia (parti) hanya menjadi pak turut kepada parti yang menang majoriti, tegasnya.
Terdapat juga cadangan dari ahli akar umbi agar parti-parti politik yang berteraskan Melayu Islam di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak), “Duduk Semeja” dan mencari mekanisme terbaik bagi memperkukuhkan penguasaan umat Melayu Islam dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya, di samping tidak mengabaikan kepentingan kaum-kaum lain yang di jamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Apa yang sedang berlaku di antara PAS/UMNO juga merupakan hasrat seluruh kepimpinan kawasan di peringkat akar umbi dan mendoakan agar penyatuan kedua-dua parti tersebut tercapai di atas matlamat untuk menjaga kepentingan Islam dan Melayu di negara ini".
"Buangkanlah yang keruh.Ambillah yang jernih.Bersikap pemaaf adalah perlu dan hilangkanlah perasaan dendam dan berkecil hati ,demi penyatuan Islam dan Melayu ".katanya lagi.
Justeru, kami mengharapkan kedua-dua kepimpinan parti PAS/UMNO khususnya di Johor agar dapat menyegerakan usaha tersebut supaya masa depan umat Islam dan Melayu lebih terjamin dan sejahtera di Malaysia dalam landskap politik negara.
No comments
Post a Comment