NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendidik : Kekalkan Noor Azimah Dalam MPPK, Malapetaka Buat Sistem Pendidikan Kebangsaan


PENDIDIK : KEKALKAN NOOR AZIMAH DALAM MPPK, MALAPETAKA BUAT SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

3 Ogos 2018 / 8 Zulhijjah 1459H


SEGAMAT – Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK), sebuah badan bukan kerajaan yang aktif bersuara dalam isu-isu berkaitan pendidikan dan kebajikan guru-guru melahirkan rasa kesal di atas sikap Menteri Pendidikan yang mengekalkan kedudukan Datin Noor Azimah Abdul Rahim sebagai ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).


Presiden PENDIDIK, Normala Sudirman berkata, tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek yang tidak mahu berganjak dari keputusan melantik Datin Noor Azimah, seorang aktivis G25 dalam MPPK adalah mala petaka buat sistem pendidikan negara, sekaligus boleh menyebabkan berlaku krisis kepercayaan di kalangan waris pelajar tentang masa depan sistem pendidikan kebangsaan di negara ini.


“PENDIDIK rasa kesal dan dukacita atas tindakan Menteri Pendidikan yang tidak menghiraukan bantahan dari kalangan waris pelajar, No-Ngo dan pihak lain berkepentingan dalam pendidikan kerana mengekalkan Noor  Azimah dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan  (MPPK)”, katanya.

Katanya, penjelasan menteri bahawa komposisi anggota MPPK (termasuk Noor Azimah) adalah gambaran cita-citanya untuk mewujudkan ekosistem pendidikan yang berdaya saing secara global, di samping memupuk tiga nilai teras iaitu kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati adalah retorik semata-mata bertujuan menggaburi mata waris pelajar yang resah berhubung isu tersebut.

Sejak Noor Azimah diumumkan dalam MPPK, pelbagai pihak tampil membuat bantahan kerana bimbang dengan latar belakang personel tersebut yang di lihat cenderung kepada fahaman pro Islam Leiberal dan sekular, di samping beliau (Noor Azimah) bukanlah seorang yang pakar dalam bidang pendidikan.

Katanya lagi, bantahan PENDIDIK ialah di atas prinsip iaitu dibimbangi dasar dan sistem pendidikan kebangsaan akan dipengaruhi fahaman liberal, di mana fahaman liberal adalah bertentangan dengan Islam, di samping ia adalah agenda musuh-musuh Islam samada di blok barat maupun timur untuk merosakkan akidah umat Islam sejak di bangku sekolah lagi.

“Membuka ruang kepada golongan liberal mencorakkan sistem dan dasar pendidikan kebangsaan akan mengundang malapetaka kepada generasi pelajar Islam, di mana mereka (pelajar) yang akan menjadi pewaris kepada kepimpinan negara masa depan, tegasnya.

Kata Normala, “Sikap yang ditunjukkan oleh menteri adalah tidak baik dan meremehkan pandangan pihak lain. Ia juga seolah-oleh menghantar mesej kepada rakyat (waris Pelajar),  “kuasa” ada ditangannya membolehkan dia lakukan apa saja, walaupun ia dibantah oleh rakyat.

Sebelum ini tular di media, Datin Noor Azimah mengeluarkan kritikan  kontroversi  iaitu mempersoalkan  tindakan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan mahu menerapkan peraturan wajib menunaikan solat sebelum ke rumah sebagai inisiatif holistik untuk tingkatkan disiplin pelajar.

Datin Noor Azimah  juga pernah terlibat dalam  program DLP (Dual Language Program) yang dibantah banyak  pihak kerana bercanggah dalam Akta Pendidikan Kebangsaan dan Akta 152 dalam pendidikan negara.

Normala mempersoalkan, ” Adakah menteri pendidikan hari ini tidak tahu bahawa fahaman liberal adalah sebakul dengan fahaman pluralisme, feminisme, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, LGBT, kristianisasi serta  Evangelis. Di mana, agenda mereka ialah untuk merosakkan akidah dan pegangan ajaran Islam di kalangan umat Islam ? Ia tidak boleh dibiarkan meresap dan mengambil bahagian di dalam menentukan hal berkaitan sistem dan dasar dalam pendidikan kebangsaan. 

“Kita mengimpikan agar generasi masa hadapan dapat dibentuk sahsiahnya agar mematuhi ajaran Islam  dan menjadi pelajar yang memiliki jatidiri unggul dalam menghadapi gejala sosial yang kian meruncing mutaakhir ini, katanya lagi.

PENDIDIK juga ingin melahirkan kebimbangan kebarangkalian  adanya  unsur-unsur  dan penerapan  nilai-nilai fahaman Islam liberal yang jelas bertentangan dengan  syariat Islam bakal merosakkan minda anak -anak yang diharapkan untuk mewarisi kimpinan negara pada masa akan datang.

Justeru, PENDIDIK menyeru para ibubapa, PIBG, Kesatuan Guru, Ngo-Ngo Pendidikan Islam dan warga pendidik serta aktivis pendidikan agar  bangkit menyatakan bantahan  secara konsisten berhubung pelantikan Noor Azimah ini dalam  Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan tegas mendesak   menggugurkan pelantikan Datin Noor Azimah sebagai anggota  Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo