KUALA LUMPUR - Ramai peminjam tidak membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana terpengaruh dengan janji PH ketika menjadi pembangkang.
Bekas Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, janji tersebut adalah untuk menghapuskan PTPTN sekiranya PH menjadi kerajaan.
“Kenapa mereka tidak mahu bayar? Ini kerana terpengaruh dengan mainan politik dan janji populis pembangkang ketika itu.
“Menjelang PRU13, ramai terpedaya kononnya hutang PTPTN akan dihapuskan. Kesannya aliran kewangan PTPTN begitu teruk akibat ramai tidak membayar pinjaman kerana terpengaruh dengan janji pembangkang untuk hapuskan hutang dan PTPTN”, katanya seperti dilaporkan Umno-Online.
Katanya, apabila ramai tidak membayar hutang PTPTN menyebabkan dana tidak cukup dan potongan terpaksa dibuat sebanyak lima peratus kepada pelajar ke IPTA dan 15 peratus pinjaman pelajar ke IPTS.
“Ini satu daripada ‘jasa’ pembangkang ketika itu kepada rakyat. Potongan terpaksa dibuat kerana kutipan jatuh hanya sekitar RM50 juta sebulan dan hanya sekitar RM700 juta setahun ketika itu.
“Sedangkan PTPTN mesti mengutip semula pinjamannya paling kurang RM900 juta setahun. Inilah kesannya jika ramai tidak membayar hutang pinjaman,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, kerajaan PH melalui Pengerusi PTPTN mesti lakukan usaha untuk menggalakkan peminjam membayar hutang.
“Ketika ini belum nampak sesuatu pendekatan terbaharu kerajaan lakukan melainkan hanya kenyataan media sahaja atau menyambung apa yang PTPTN lakukan sejak dulu.
“Walaupun melepaskan sekatan Imegresen dilakukan, pada saya itulah antara punca jumlah kutipan merosot dan menyebabkan bilangan mereka tidak membayar hutang sukar dikurangkan. Ini kerana polisi itu menggalakkan mereka tidak membayar hutang”, ujarnya.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/janji-ph-punca-peminjam-tak-bayar-ptptn-1.883348
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/janji-ph-punca-peminjam-tak-bayar-ptptn-1.883348
No comments
Post a Comment