PUTRAJAYA, 17 Muharram 1440H, Khamis – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh hari ini mengumumkan, nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama yang baharu akan didedahkan pada minggu hadapan.
Susulan itu, beliau meminta semua pihak menunggu berhubung perkara itu.
"Saya kata tunggu dahulu pada minggu depan, saya akan buat pengumuman berkenaan perkara ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi dan Multimedia 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.
Sebelum ini, timbul spekulasi bekas Ketua Pengarang The Rocket – lidah rasmi parti rasis dan cauvinis DAP – Wan Hamidi Hamid, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama bagi menggantikan Datuk Zulkefli Salleh yang bakal bersara bulan depan.
Bagaimanapun, bekas menteri UMNO yang kini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Rais Yatim menyifatkan perlantikan Wan Hamidi yang kini Timbalan Pengarah Pusat Kajian Pengambangan Sosial – kumpulan pemikir strategi DAP – sebagai bukan pilihan yang baik.
Difahamkan hal ini kerana pelantikan itu bakal mengubah warna dan nilai ditonjolkan agensi berita berkenaan yang seharusnya bersifat neutral.
No comments
Post a Comment