NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Xiaomi Mi A2 Tingkat Pengalaman Fotografi


KUALA LUMPUR – Bersempena dengan pelancaran telefon pintar baharu Mi A2, Xiaomi dengan kerjasama dUCk Cosmetics mengadakan tutorial solek di pusat beli-belah Pavilion, di sini.

Xiaomi berkata kerjasama dengan DUCk Cosmetics mempertingkatkan keindahan menerusi solekan dan kamera pada Mi A2 mempunyai kelebihannya yang tersendiri untuk merakam imej yang menakjubkan.

Presiden serantau Xiaomi untuk Asia Tenggara dan Oceania, Steven Shi berkata Xiaomi teruja untuk memperkenalkan peranti baharu Mi A2 dan Mi A2 Lite di pasaran Malaysia tidak lama lagi berikutan pelancarannya di Sepanyol.

“Mi A2 dan Mi A2 Lite adalah komitmen kami yang berterusan untuk menawarkan inovasi peranti yang digabungkan dengan perisian yang direka khas oleh Google kepada pengguna di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mi A2 adalah peranti yang memfokus kepada keupayaan fotografi dengan fungsi kamera 12 megapiksel (MP) + 20 MP di sebelah belakang dan kamera depan 20 MP, storan foto yang besar serta dikuasakan oleh engin kepintaran buatan Qualcomm Snapdragon terbaharu.

Peranti Mi A2 yang mempunyai kapasiti memori empat gigabait (GB) + 64 GB disasarkan untuk dijual pada harga RM999 manakala varian 6 GB + 128 GB pada harga RM1,199. Kedua-duanya boleh didapati di semua pengedar Mi yang sah, serta platform digital Lazada dan Shopee.

Sementara itu, Mi A2 Lite yang hadir dengan kamera 12 MP + 5MP, kapasiti bateri 4000mAh dan saiz memori 3 GB + 32 GB, boleh mula dibeli mulai 18 Ogos pada harga runcit RM699. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo