Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta anakanda baginda, Tengku Muhammad Mu'az dan Tengku Nadhirah Zaharah.
Majlis berkenaan bersempena meraikan anak sulung Mufti Terengganu, Hanifah Nur Zulkifly, 24, dengan pasangannya, Mohd Fauzan Anuar, 29.
Dato' Dr Zulkifly sekeluarga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Terengganu yang sudi mencemar duli berangkat ke majlis perkahwinan anak sulungnya.
Dalam ucapannya, beliau berkata, keberangkatan Sultan ke majlis menambahkan lagi seri dan memberikan keberkatan ke atas pasangan pengantin berdua yang diraikan dan keluarga kedua belah pengantin.
"Kami sangat berbesar hati dan merasa sangat dihargai apabila Sultan berkenan ke majlis ini. Malah, saat ini akan menjadi kenangan manis yang terpahat kepada pasangan pengantin.
"Moga Tuanku Sultan berada dalam keadaan sihat dan baik dengan iringan doa rakyat jelata insya-Allah," katanya.
Hanifah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Fauzan kira-kira jam 9:00 pagi di Rumah Warisan Haji Su, Kampung Losong, hari ini.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 orang tetamu.
No comments
Post a Comment