Oleh: Suhaimi Taib
Perjanjian projek berkenaan, bermula tahun ini hingga 2023 itu dibuat secara tertutup di sebuah hotel di sini disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Saya turut bersama menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perniagaan yang telah diadakan secara tertutup pada Khamis, 16 Ogos 2018 lepas.
"Kontrak ini menjangkakan antara 500 hingga 600 peluang kerja kepada penduduk tempatan, " kata Dr Ahmad Samsuri.
Beliau berkata demikian ketika memuat naik maklumat dan beberapa gambar berkait perjanjian tersebut distatus Facebooknya baru-baru ini dan mendapat pelbagai komen dari netizen.
Antaranya bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Mahmud Mansor mengucapkan tahniah kepada EPIC OG, atas kejayaan tersebut.
Beliau mengharapkan anak syarikat kerajaan negeri itu dapat membantu menyempurnakan kebajikan seramai 450 orang anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim (PERKAYA).
"Tahniah EPIC atas kejayaan dapat tender yg amat bermakna itu. Semoga Allah memudahkan urusan EPIC supaya dapat keuntungan yang berlipat ganda dan dapat membantu lagi anak yatim PERKAYA seramai 450 orang di lima buah asrama seluruh Terengganu." ujarnya.
Encik Muhamad Bakri pula berkata, sama ada usaha itu bermula dari kerajaan terdahulu atau sekarang, yang penting ia bermanfaat untuk memberi peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.
No comments
Post a Comment