Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di bawah kerajaan Negeri Terengganu akan memberikan dana sebanyak RM1,000 kepada golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin berkahwin buat kali yang kedua.
Pegawai YPK, Wan Zawawi berkata, inisiatif tersebut diberikan agar golongan tersebut tidak berputus asa untuk berkahwin buat kali kedua.
“Perspektif yang buruk daripada masyarakat terhadap ibu tunggal harus disingkirkan kerana mereka berhak mengecap nikmat kebahagiaan.
“Mereka harus disuntik motivasi agar tidak takut untuk mendirikan perkahwinan sebagaimana yang digalakkan di dalam Islam sebagai suatu sunnah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam lawatan YPK ke Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiSTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada Isnin, 6 Ogos.
Menurutnya, terdapat 700 orang ibu tunggal di DUN Bukit Besi sebagaimana data yang dikeluarkan oleh YPK Daerah Dungun.
"Kita menyambut baik segala perancangan yang telah disusun oleh peringkat negeri bagi membantu mendirikan perkahwinan kali kedua,” jelasnya.
Katanya, kepimpinan PAS harus memperbanyakkan kegiatan kemasyarakatan yang melibatkan YPK supaya agenda dan pelbagai perancangan yang disusun atur oleh Kerajaan Negeri Terengganu akan sampai kepada masyarakat.
Bagus inisiatif ni. Namun, mohon YPK sentiasa folo up dan adakan majlis utk mantapkan ilmu keibubapaan n pengurusan keluarga bg individu yg terlibat, spy instutusi kekeluargaan terus terpelihara dan dimantapkan. Xmau pisang berubah 2xš
ReplyDelete