NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu bawa konsep politik matang - MB



TIGA bulan menerajui Terengganu, Pas yang diberi mandat oleh rakyat pada 9 Mei lalu sudah mula ‘bekerja’ membangunkan negeri ini berteraskan konsep Maju, Berkat dan Sejahtera. Wartawan Sinar Harian, Rahayu Mustafa bersama Norhaspida Yatim dan Noradila Mahamad menemui Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyingkap pemerintahan dan hala tuju kerajaan negeri baharu.

Setakat ini sejauh mana Terengganu sudah menunaikan janji manifesto menjelang 100 hari pentadbiran?

Manifesto Pas dalam pilihan raya baru ini ada 20 perkara yang kita janjikan. Ada beberapa manifesto kita telah ambil langkah pelaksanaan walaupun tidak dalam keadaan sempurna lagi, contohnya janji untuk beri air percuma kepada rakyat Terengganu yang mana pada peringkat ini, kita beri air percuma kepada rakyat yang layak. Timbul persoalan kalau kita nak beri kepada rakyat yang layak dan memerlukan maka kita kena ada asas macam mana nak tentukan kelayakan dan menepati syarat, maka kita menggunakan senarai yang ada dari e-kasih dan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin), daripada senarai itu kita tengok rupanya segmen yang ada itu tidak banyak maka kita buat satu jawatankuasa untuk menilai dan menambah lagi golongan yang layak menerima. Jadi itu antara cara pelaksanaan manifesto iaitu kita melaksanakan dan kita tengok penambahbaikan yang perlu kita buat.

Objektif kita adalah untuk memastikan dalam tempoh lima tahun ini semua 20 janji manifesto itu dapat kita laksanakan dengan lebih baik walaupun mungkin dengan cara perlahan. Setakat ini sekitar 10 peratus manifesto sudah dilaksanakan. Ada perkara lain dalam perancangan dan kita tidak laksanakan lagi, bukan tahun 2018 habis semua 20 perkara (ditunaikan), itu bukan cara kita sebab kita mahu pelaksanaan itu memberi kesan kepada rakyat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo