JAKARTA – Ekuin negara, Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil berjaya meraih pingat perak dalam saingan akhir equestrian dressage individu lelaki Sukan Asia 2018 di Pusat Ekuestrian Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.
Mohd. Qabil bersama kudanya, Rosentolz dinobat sebagai naib juara selepas mencatat 76.620 mata.
Pingat emas menjadi milik Jacqueline Wing Ying Siu dari Hong Kong dengan catatan 77.045 mata manakala ekuin dari Korea Selatan, Hyeok Kim meraih pingat gangsa dengan 75.805 mata. – UTUSAN ONLINE
No comments
Post a Comment