NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selamat mengundi buat semua 51,217 pengundi DUN Sg. Kandis.


Sama ada BN atau PH; PAS tidak bersetuju dengan banyak dasar dan polisi mereka yang memudaratkan rakyat. 

Cumanya, PH kini berkuasa sebagai Kerajaan manakala BN pula hanya sekadar sebagai pembangkang. PRK Sg Kandis menjadi medium kebersamaan strategik bagi menyampaikan mesej menolak polisi-polisi PH sebagai Kerajaan yang memudaratkan rakyat.

Justeru, memberikan undi kepada calon BN dalam konteks PRK Sg. Kandis adalah langkah terbaik bagi menguatkan peranan 'semak & imbang' kepada PH yang dilihat sangat tidak mengambil berat isu Islam, Melayu dan Raja ditambah pula sering berdolak-dalik dalam menunaikan janji manifesto terhadap rakyat.

Menolak polisi PH yang memudaratkan adalah tanggungjawab bersama. Tanggungjawab itu boleh tertunai dengan mengundi BN dalam PRK Sg. Kandis sebagaimana kaedah Fiqh menyatakan :

"Sesuatu yang tidak boleh sempurna sesuatu tanggungjawab melainkan dengannya, maka ia juga menjadi satu tanggungjawab"

Jadikanlah juga kaedah berikut sebagai panduan untuk saudara/i membuat pilihan pada hari ini :

Ų„Ų°Ų§ ŲŖŲ¹Ų§Ų±Ų¶ Ł…ŁŲ³ŲÆŲŖŲ§Ł† Ų±ŁˆŲ¹ŁŠ Ų£Ų¹ŲøŁ…Ł‡Ł…Ų§ Ų¶Ų±Ų±Ų§ ŲØŲ§Ų±ŲŖŁƒŲ§ŲØ Ų£Ų®ŁŁ‡Ł…Ų§ 

“Apabila bertembung dua kemudharatan, maka hendaklah dijaga daripada terjadi mudharat yang lebih besar dengan memilih mudharat yang lebih ringan antara keduanya”

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo