NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK untuk Anwar bertanding di Perak?



IPOH 19 Ogos – Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi laluan kepada mana-mana individu terutama kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi milik parti itu di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sekiranya ada kerusi yang ditan­dingi Amanah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRK-14) dihajati oleh kepemimpinan tertinggi PH, pihaknya akan beri pertimbangan dan laluan.

"Ini dasar (PH) sejak dulu lagi, namun kita belum lagi bincang di peringkat Amanah negeri dan pusat. Kalau ada hajat (bertan­ding) kita bagi keutamaan dan laluan," katanya dalam sidang akhbar selepas program Sepagi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat di Dewan Sekolah Agama Rakyat, Kampung Changkat Larang dekat Lahat, di sini hari ini.

Laporan sebuah portal baru-baru ini mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyasarkan sebuah kerusi Parlimen di Perak untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Menurut portal itu, Anwar mungkin bertanding di kerusi dimenangi seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 lalu yang kini menjadi Ahli Parlimen bebas.

Mengulas lanjut mengenai hasrat Anwar itu, Mohammad Nizar yang juga Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah negeri berkata, perkara tersebut adalah hak Presiden PKR itu dan terpulang kepada beliau untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen.

"Itu hak dia, bukan kita me­ngalu-alukan. Kalau nak bertanding di Bukit Gantang atau Bagan Serai, itu hak dia.

"Beliau boleh bertanding di mana-mana cuma terpulang kepada ahli Parlimen yang ada hari ini sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ama­nah dan PKR sendiri yang bagi ruang untuk beliau bertanding.

"Jika kerusi ini adalah milik Amanah, kita balik kepada perkara asal iaitu mana-mana tempat dihajati pimpinan, kita beri pertimbangan untuk laluan. Itu dasar sejak dulu lagi, namun belum lagi berbincang di peringkat Amanah negeri dan Pusat," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/prk-amanah-sedia-beri-laluan-kepada-pemimpin-ph-1.732457#ixzz5OhcJrA2S

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo