NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Seri Setia: PAS lawan Darul LGBT?





JANGAN tidak sedar Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia pada 8 September nanti, bukan sekadar pertandingan antara PAS dan Pakatan Harapan, atau pembangkang dan kerajaan, tetapi boleh dilihat sebagai PAS lawan kerajaan lembut yang selembut kaum LGBT.

LGBT adalah gejala yang menonjol galak dalam tempoh 100 kerajaan baharu, Harapan.

Gejalanya sudah disuakan sejak rejim lama tetapi ia tidak diberi muka. Tetapi kerajaan harapan semua orang, bukan saja memberi muka, kepala dan isi yang di dalam kepala pun seolah-olah diberi juga.

Tidaklah diisytiharkan ia kerajaan LGBT, tetapi ada riak ia cenderung meliberalisasikan gejala itu. Ada perkara-perkaranya kecenderungan disambar api akhirat.

Ini kita semua kena hubaya-hubaya. Ada manusia tidak benci, tetapi Allah benci. Hingga gejala pengamalnya tidak cium bau syurga. Siapa tidak benci pada apa yang Allah benci bererti ia cenderung pada apa yang Allah benci.

Jangan sampai Malaysia terjerumus menjadi Darul LGBT dan kerajaan Harapan dikira kerajaan mesra LGBT. Cukuplah selama 20 tahun pencetus perjuangan Reformasi disabit fitnah dengan amalan kaum LGBT itu, sakit dan peritnya politik kita hingga tidak terhingga. Jika fitnah itu betul atau tidak telah mengharu biru masyarakat, betapa jadinya jika puaka itu dinormalkan dalam masyarakat.

Kalaupun tidak dinormalkan, sekadar cenderung saja sedang cenderung itu adalah ibarat gas yang mudah disambar api.

Sekadar pergi ke Mekah tidak memadamkan bakarannya.

Pada PRK Sungai Kandis gejala kaum Lut itu belum meletup. Kini ia meletup. Selagi kerajaan Harapan terus lembut, tidak menunjukkan sikap tidak cenderung, maka jangan harap sangat pada Harapan.

Pada PRK Seri Setia adalah permulaan kempen memerangi gejala cenderung Darul LGBT. Ia tidak sekadar kempen untuk menang pilihan raya, tetapi kempen menyelamatkan Malaysia jadi Sodom dan Gomorrah atau bumi kita jadi Laut Mati kedua.

Justeru, umat Nabi Muhammad SAW dijamin tidak menjadi bumi dan kaum dulu-dulu yang dibinasakan, tetapi jangan kita sampai sebagai umat yang sempitkan seakan-akan mereka dulu.

Kempen menolak gejala LGBT tidak mudah kerajaan Harapan dirasuk lembut. Yang dijanjikan untuk 100 hari tidak disempurnakan, yang tidak dijanjikan yang benarkan merebak.

Pengundi Islam dan bukan Islam mesti menunjukkan sikap tidak rela dengan sifat lembut kerajaan itu. Ia disokong dulu bukan untuk itu. Untuk menumbangkan satu kezaliman. Bukan menggantikannya dengan yang lebih zalim.

Jika melalui PRK Seri Setia ini kerajaan itu tidak disekat, maka tidak tahu kita MP dan Adun mana pula akan kosong supaya kempen anti LGBT itu dapat disemarakkan lagi.

Cabaran menyedarkan kerajaan dan parti yang menyokongnya bukanlah mudah. Sekadar menyeru seperti yang simpaikan oleh Nabi Lut dulu tidak mengubah keadaan. Allah kirim ketua-ketua penting malaikat bagi membantu Nabi Lut membuat seruan terakhir, mereka cuba keroyok malaikat-malaikat yang mulia itu.

Ini tandanya gejala itu tidak mudah di setakat sekadar diseru dan dipujuk. Nabi Lut tawarkan puterinya untuk mereka nikahi. TIdak makan. Apa lagi tawaran kebendaan kepada pengundi.

Penyakit sosial itu diselesaikan dengan penyertaan malaikat secara zahir. Jihad membasmi maksiat dalam kempennya bantuan malaikat secara ghaib. Tetapi memerangi sodomi malaikat datang dalam benak nyata. Demikian beratnya gambaran maksiat LGBT itu.

Diplomasi tidak yang baginda Lut buat tidak berjaya. Maka payah kita memikirkan diplomasi Jabatan Perdana Menteri akan berkesan. Apa yang dilihat bukan gejala LGBT dapat dipujuk, tetapi diplomasi LGBT pula yang menundukkan kerajaan.

PAS tidak mungkin dapat membawa Jibril dan lain-lain malaikat kempen di pentas atau merayu undi, kecuali dengan kehendak Allah. Tetapi PAS tidak berputus asa dengan ikhtiar kempennya untuk memerangi anasir terkutuk itu.

Kaum Lut dulu tidak berlaku sekonyong-konyong. Ia memakan masa dan beransur-ansur. Ia tidak sekelip mata menguasai Malaysia. Tetapi jika dibiarkan, tidak dapat dibayang bagaimana payahnya menghadapinya lima tahun akan datang semasa tamat tempoh kerajaan yang ada ini.

Bila ia berakhir, bertambah payah ia ditangani. Maka itulah sebabnya PAS mesti mulai dari sekarang mencabar sikap kerajaan cenderung LGBT itu. Sekalipun kerajaan berhempas pulas untuk menunaikan janji 100 harinya, BN diberi peluang 60 tahun menunaikan janji setiap pilihan raya, berlambak-lambak yang tidak dapat ditunaikannya, maka mustahil kebinasaan 60 tahun Umno/BN itu dapat dibaiki dalam 100 hari.

Tetapi jangan masalah itu dijadikan sebab kerajaan mesti cenderung dengan LGBT.

Kita tahu kerajaan Harapan tidak akan ditumbangkan dengan isu LGBT dalam waku yang singkat itu. Tentangan terhadapnya bukan demi menggantikan kerajaan itu dalam satu dua bulan ini.

Yang utama ialah menekan supaya kerajaan mengambil sikap yang tegas, tidak cenderung berlembut dengannya. Kerajaan mesti disekat bersikap lembut. Jangan tunggu sehingga PM diambil oleh Anwar baru ketegasan itu dimulakan.

Yang mahu ia mesti dinyatakan sekarang. PM Mahathir mesti buat sebagaimana dia buat menghadapi Anwar dengan isu yang digunakannya dulu.

Mengapa dia boleh keras dengan Anwar dulu sedang ia tidak tentu betul dan tidaknya. Anwar dulu tidak pernah mengaku tohmah yang dikenakannya dan dia tidak pula menyatakan berterangan suka kepada amalan terkutuk itu.

Jika Mahathir boleh berkeras kepada pihak yang tidak diketahui cenderung kepada amalan itu, mengapa sekarang dia tidak boleh tegas dengan kumpulan yang hendak menghalalkan semua amalan terkutuk itu?

Jangan sekali-kali kita beri muka pada yang negatif. Rasuah jadi penyakit besar sekarang ini, kerana kerajaan BN selama 60 tahun dulu tidak sikap jelas membendung rasuah. Jika Mahathir buat apa yang dikatakannya sekarang sejak dulu, rasuah itu tidaklah jadi fitnah terbesar.

Hari ini baru Mahathir kata dia keras tentang rasuah. Tetapi banyak kerajaan dan negara kerugian dengan rasuah besar-besaran selama ini. Maka sebelum kerajaan Harapan bertukar jadi kerajaan LGBT, maka ia mesti sekat hari ini juga. Kempen PAS itu adalah hendak membebaskan Malaysia dari keburukan dan kutuk Allah itu.

LGBT bukan satu saja isu dalam PRK itu. Banyak juga lain isu. Antara yang dibangkitkan jangan benar Najib kempen membantu PAS. Umno sendiri terasa kesannya bila dia turun ke Sungai Kandis. Ada benar dan tidak benarnya.

Saya pun suka dia tidak datang. Tetapi pemimpin PAS tidak menyekat dia datang. Mungkin dia tidak boleh mendatangkan kesan lagi.

Saya sendiri pun tidak suka Najib bersiar-siar di situ. Tetapi pemimpan kata, tidak mengapa. Saya sesikap dengan keterbukaan PAS. Tetapi ia tidak menyebabkan saya keluar PAS. Berbeza pandangan terbuka atau tertutup, ada kebaikannya. Kerananya meninggalkan PAS tidak betul. Apa jua terjadi ahli mesti istiqamah. PAS sentiasa betul. Yang berbeza pandangan ahli-ahlinya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo