NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH Gusar Kerjasama Pembangkang



Pakatan Harapan (PH) gusar kerjasama membabitkan PAS dan UMNO yang akan menguatkan lagi pembangkang ditambah dengan kegagalan melaksanakan janji 100 hari kerajaan PH yang kini dipersoalkan rakyat.

Naib Presiden PAS, menasihatkan ahli parti itu agar tidak terpengaruh dengan dakyah PH yang mahu melaga-lagakan kerjasama baik antara parti itu dengan UMNO.

“Mereka gagal menjadi kerajaan yang baik, kemudian untuk mengabui mata rakyat, mereka cuba melaga-lagakan PAS dengan UMNO.

“Mereka lakukan supaya parti blok pembangkang bergaduh sesama sendiri dan pada masa sama rakyat akan lupa kelemahan pentadbiran kerajaan PH,” katanya di Petaling Jaya, Ahad.

PAS dan UMNO mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya parti itu bergabung Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Pada PRK itu, PAS mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang, Dr Halimah Ali, manakala PH memilih bekas Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Halimey Abu Bakar sebagai calon.

PRK Seri Setia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.

Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo