Peralatan RUSUK (Rumah Sementara Untuk Kemanusiaan) untuk mangsa gempa bumi Lombok. Dianggarkan sebuah RUSUK yg dibina daripada kanvas dan buluh akan memakan kos sekitar Rp2 juta (±RM560.00 - RM600.00) berdasarkan lokasi.
Kediaman sementara ini akan dibina di tapak yang ditentukan sendiri oleh pemilik rumah yang roboh, sementara mangsa dapat memunggah keluar sisa runtuhan untuk membina semula rumah kekal.
PASRelief merayu sumbangan seluruh rakyat Malaysia untuk turut menyumbang sumber kewangan untuk membantu mangsa gempa membina RUSUK untuk kediaman puluhan ribu keluarga saudara kita di seluruh pulau Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia.
Sumbangan juga diperlukan untuk membeli beras dan makanan harian yang akan disumbangkan ke ratusan dapur umum mengikut POSKO (pusat komando/bilik gerakan) mengikut desa dan dusun.
PASRelief juga merancang menyediakan sekolah sementara untuk anak-anak mangsa gempa bumi yang memerlukan peralafan khemah dan alat tulis. Ayuh kita bantu!
1. Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352
2. PASRelief 5640 7061 2333.
Hubungi :-
Muhammad Sanusi : 012-5969220
Hj Adram Musa : 013-3845555
Hj Yunus Mahyuddin : 012-2396867
Ust Izwan Abd Halim : 018-3120900
Ust Norazli Musa : 019-5710933
Ustazah Nuridah M Salleh : 013-9205012
No comments
Post a Comment