NOTIS:
PAS berjaya selesaikan masalah sampah terbiar di Lembah Subang, Seri Setia
NUR HASMIRA MOHAMAD 25 AUGUST 2018
PETALING JAYA: Penghuni flat PPR 2 Lembah Subang kini mampu menarik nafas lega apabila masalah bau busuk yang dialami mereka sejak awal bulan ini sudah diselesaikan.
Ini berikutan tindakan pantas Unit Amal PAS dari Jabatan Amal PAS Selangor hari ini bertindak turun padang melakukan kerja pembersihan sampah terbiar di kawasan perumahan tersebut.
Penduduk dikatakan menderita bau busuk berkenaan berpunca daripada longgokan sampah di tepi jalan utama kawasan flat tersebut.
Unit Amal yang juga dikenali tentera merah dan terkenal dengan kerja-kerja sukarela serta ringan melakukan kerja kebajikan ini bagaimanapun bertindak pantas turun seawal petang tadi di kawasan perumahan tersebut bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.
Sebelum ini tular di media sosial sekeping gambar kenderaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N31 Dun Seri Setia dari Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar yang datang berkunjung ke kawasan perumahan terbabit dan melalui kawasan longgokan sampah tersebut.
Meskipun Halimey yang juga bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah berkunjung ke kawasan tersebut masalah longgokan sampah dan bau busuk itu tetap berlarutan dan tiada sebarang tindakan diambil sehinggalah calon PAS, Dr Halilmah Ali turun meninjau kawasan tersebut dan menerima aduan daripada penduduk.
Prihatin dengan masalah itu Unit Amal dengan pantas menggalas tanggungjawab tersebut membantu membersihkan longgokan sampah tersebut. – HARAKAHDAILY 25/8/2018
Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7894-penduduk-lega-unit-amal-bersih-sampah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment