Oleh: Dr Aznan, ISMA
Saya rasa buat masa sekarang, UMNO dan PAS, sebagai dua buah parti terbesar Melayu dan Islam, sepatutnya berfikir secara serius untuk mengadakan kerjasama antara keduanya. Saya mencadangkan agar berlakunya kerjasama dan bukannya gabungan kerana dengan kerjasama, gerak kerja dapat diselaraskan tanpa meleburkan mana-mana parti. Cadangan kerjasama ini mestilah turut memperincikan perkara-perkara ini:
1-Asas kerjasama ini mestilah Islam. Kedua-dua parti mestilah bersetuju dan memeterai perjanjian bahawa kerjasama ini adalah berpaksikan Islam. Mana-mana pemimpin secular yang tidak mahu menerima paksi ini, seperti Nazri Aziz dll boleh berundur diri dan jika masih mahu berpolitik, boleh menyertai parti-parti lain.
2-Kerjasama ini bukan hanya atara UMNO dan PAS. Ia mestilah juga disertai oleh NGOs Islam yang lain. Jangan dilupa. Masih ramai lagi pejuang2 Islam di Malaysia yang tidak terikat dengan mana-mana parti, tetapi memperjuangkan Islam dengan sedaya upaya mereka. Selepas kerjasama ini, mereka mesti tetap kekal di dalam NGO mereka, dan tidak bertukar menjadi ahli politik. Mereka akan menjadi check & balance dan pemantau kepada kerjasama ini.
3-Suatu sekretariat dibentuk demi menyelaraskan kerjasama ini. Sekretariat ini juga akan dinaggotai oleh NGOs Islam. Mereka juga akan dilibatkan di dalam membuat keputusan-keputusan.
4-Sebarang item kerjasama ini mestilah disebutkan dengan jelas (broad framework) dan dipersetujui bersama. Butiran kerjasama ini dinyatakan kepada umum (public) secara terbuka, sehingga sebarang ketergelinciran daripada melaksanakan butiran perjanjian ini akan dapat disemak oleh rakyat secara umumnya.
5-Kerjasama ini mestilah melakulkan deklarasi bahawa kerjasama ini akan menolak sebarang amalan rasuah sekeras-kerasnya dan bersedia untuk disiasat atas sebarang tuduhan rasuah. Pihak SPRM adalah bebas untuk menyiasat mana-mana pimpinan yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kerjasama ini mestilah menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan memberikan kerjasama kepada SPRM utk menyiasat mana-mana pimpinan dan kerjasama ini tidak akan melindungi mana-mana pimpinan ini.
Mungkin ada yang akan menyatakan bahawa bagaimana PAS dapat berkerjasama dengan parti UMNO yang banyak rasuahnya. Jawapannya ialah, sekarang UMNO bukan lagi menjadi pemerintah. Mereka dengan bebas dapat disiasat. Siasatlah, dan ambillah tindakan kepada sesiapa yang didapati bersalah. Takkan kita hanya mahu menuduh sahaja tanpa membawa sebarang bukti. Jangan lupa Tun Mahathir juga dituduh dengan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa oleh pihak pembangkang dahulu sehinggga digelarkan “bapa rasuah”. Namun tiada sebarang tuduhan dikenakan ke atas beliau (betulkan saya jika saya tersilap). Standard yang sama juga harus dipakai kepad orang lain. Siasatlah dan dakwalah jika mereka didapati bersalah. Selagi mana tiada bukti, maka qaedah (maxim) asal “tidak bersalah melainkan dibuktikan” mestilah terpakai kepada semua orang.
Kerjasama ini pada hakikatnya akan membuka suatu lembaran baru di dalam lanskap perjuangan Islam dan melayu di Malaysia. Tenaga dapat diselaraskan dan lebih terurus. Selama ini banyak bullet yang ditujukan antara PAS dan UMNO. Dengan kerjasama ini, bullet-bullet tersebut boleh dilaraskan kepada mereka yang selalu mengganggugugat paksi kenegaraan kita, terutamanya yang berkaitan dengan Islam, melayu dan raja.
Saya rasa tidak perlulah saya menyatakan bahawa menjadi nasionalis bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Nasionalis yang berpandukan kepada Islam dan mahu melihat watan kita ini ditadbir secara Islam adalah sesuatu yang mulai dan amat dituntut oleh syarak. Majmu’ Rasail Hasan al-Banna telah memberikan penjelasan yang amat jelas dalam hal ini.
Saya tahu akan berlaku pelbagai usaha untuk memastikan bahawa kerjasama sebgini tidak berlaku. Sudah tentulah kerjasama antara umat Islam di Malaysia menjadi suatu nightmare kepada mereka yang mengambil kesempatan di atas perpecahan umat Islam ini. Oleh kerana itu, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan kerjasama ini, bermula dengan berfikiran negative dan sinis, sehinggalah mereka akan melakukan pelbagai tindakan demi menggagalkan usaha kerjasama ini. Kerjasama ini perlu cekal di dalam menghadapi segala macam ancaman dan tribulasi sebegini.
Kerjasama ini, kemudiaannya boleh terus berkerjasama dengan mana-mana parti dan NGO yang bukan Islam, selagi mana mereka juga brsetuju dengan broad framework yang telah dimeterai. Sebagai umat teras dan majoriti, kestabilan umat Islam melayu di Malaysia adalah suatu pertanda baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia akan membawakan kestabilan kepada negara yang kita cintai ini. Mereka yang bukan Islam tidak seharusnya takut kepada kesatuan umat Islam di Malaysia.
Saya amat berharap pimpinan umat Islam melayu di Malaysia akan dapat berusaha untuk merealisasikan kerjasama sebegini. Ini hanya cetusan idea saya. Sesiapa yang mempunyai formula yang lebih baik seharusnya memberikan idea masing-masing untuk dipertimbangkan oleh pimpinan-pimpinan umat Islam di Malaysia. Ini adalah antara saham utama kita untuk kesatuan umat dewasa ini.
Tuan-tuan boleh mencambahkan lagi idea di atas.
Wallahu A'lam
No comments
Post a Comment