Oleh Manirajan Ramasamy dan Mahanum Abdul Aziz
bhbiz@nstp.com.my
bhbiz@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi nafas baharu kepada Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Cyberjaya sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan memberi lebih tumpuan dalam teknologi baharu dan aplikasinya terutama untuk pentadbiran.
Beliau berkata, kerajaan akan menggalakkan penggunaan Cyberjaya untuk industri berkenaan.
"Cyberjaya ketika ini menjadi pembangunan biasa saja, banyak bangunan dan pangsapuri dan sebagainya. Tiada aplikasi (seperti sepatutnya).
"Bagaimanapun, kami mahu memberi tumpuan semula kepada industri berasaskan teknologi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampai ucap utama di Persidangan dan Pameran Bandar Raya 4.0 dan Perniagaan 4.0 Antarabangsa di sini, hari ini.
Ditanya sama ada gelombang kedua MSC, Dr Mahathir berkata: "Ya...saya rasa kita patut."
Lagipun, katanya, pada masa ini orang ramai sudah mempunyai akses kepada pengetahuan dan teknologi baharu.
No comments
Post a Comment