NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama PH-IRI membimbangkan, Dakwa Najib


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan tentang kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Insititut Republikan Antarabangsa (IRI) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) adalah lebih membimbangkan berbanding isu surat ditulis agensi perisikan negara kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Bekas Perdana Menteri berkata, pihak asing tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan negara ini.

"Jika anda menuduh bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abd. Hamid sebagai mengkhianati, dakwaan itu lagi teruk kerana ia adalah campur tangan langsung dalam proses pilihan raya umum.

"Di AS juga, mereka melantik pendakwa raya khas untuk menyiasat sama ada terdapat campur tangan Rusia dalam pemilihan Presiden negara pada 2016," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mengulas mengenai laporan yang mendakwa PH bekerjasama dengan IRI untuk menjatuhkan BN sejak 2002.

Menurut laporan tersebut, Presiden IRI, Daniel Twinning dalam forum anjuran Center for Strategic & International Studies memberitahu, Washington mendapat manfaat daripada kerajaan baharu di Putrajaya sejak mula lagi termasuk membantu AS dalam menangkis perang perdagangan dengan China.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cukai jualan dan perkhidmatan (SST), Najib berkata, pelaksanaan cukai itu akan menyebabkan pengurangan dalam pendapatan serta menjejaskan kesejahteraan rakyat.

"Itu sebabnya beberapa bantuan rakyat dikurangkan dengan ketara termasuk kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan kenaikan gaji tahunan khas bagi penjawat awam tahun ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo