Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan calon yang dikemukakan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia sudah terbukti kemampuannya dengam rekod cemerlang selain diterima rakyat.
Beliau berkata, Dr Halimah Ali, adalah seorang pemimpin yang sangat aktif dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan selain cemerlang sebagai bekas Exco kerajaan negeri Selangor.
“Rakyat yang merupakan pengundi dalam DUN Seri Setia harus memberi undi kemenangan kepada calon PAS ini kerana rekod cemerlangnya sebelum ini melayakkan beliau untuk mewakili rakyat Seri Setia.
“Saya berkesempatan berada di penamaan calon PRK DUN Seri Setia semalam. Calon yang diketengahkan oleh PAS ini dikenali sebagai seorang yang sangat aktif dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Ahmad Samsuri meminta pengundi dalam DUN berkenaan memberi undi kepada Dr Halimah yang terbukti cemerlang perkhidmatannya kepada rakyat.
Halimah dijangka dapat memberi saingan sengit kepada calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR pada PRK 8 September ini berikutan pengalamannya selama dua penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Wartawan Watan-Online
No comments
Post a Comment