Abdul Khalid Ibrahim
Salam. Secara dasarnya saya tidak terperanjat dengan pengumuman ini kerana sememangnya antara sebab saya diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 2014 adalah kerana kecenderungan pimpinan PKR yang mahukan tawaran yang tinggi diberikan kepada Splash dan saya atas dasar menjaga kepentingan rakyat telah menolaknya.
Hari ini apabila pembelian Syarikat Splash oleh Syarikat Air Selangor berjumlah RM2.55 billilon dimuktamadkan, ianya telah menjadikan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang ditawarkan oleh Kerajaan negeri pada 2013.
Strategi Kerajaan Negeri hari ini telah memberi peluang kepada pemilik saham Splash mendapat keuntungan dan pampasan yang berlebihan. Pada masa yang sama, ia juga telah meletakkan beban serta tanggungjawab untuk pembayaran tersebut ke atas rakyat dengan mengenakan tariff yang tinggi.
Saya juga percaya kerajaan hari ini akan mengkaji semula atau mungkin menghentikan program pemberian air percuma kepada semua isi rumah di seluruh Selangor yang telah dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan pada 2008 yang lalu.
Saya doakan agar rakyat Selangor tabah menghadapi perubahan yang besar ini.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10156797714433901&id=38012338900
No comments
Post a Comment