NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ayat manis iktiraf Lgbt?



oleh: Hafiz Mansor

1. Berkali-kali membaca kenyataan dari sebuah portal media tentang pertemuan Menteri dan seorang aktivis LGBT. Aku hanya tertanya-tanya apakah ini "ayat manis" selangkah untuk mengiktiraf LGBT di Malaysia?

2. Kita perlu bezakan "iktiraf" dan "rawat". Kita sokong mereka memerlukan rawatan supaya kembali normal, tetapi itu tidak langsung bermakna kita akan mengiktiraf aktiviti mereka.

3. Kenyataan beliau menyebut "...they (LGBT group) were vulnerable due to constant discrimination".

"Diskriminasi" mana yang Menteri maksudkan? Diskriminasi tidak boleh menderma darah kerana mereka LGBT atau diskriminasi kerana mereka golongan teramai dihinggapi penyakit HIV?

Saya fikir mereka sendiri yang men"diskriminasi" diri mereka kerana memilih untuk berlawanan dengan fitrah. Itu saja.

4. Aku konfius dengan ayat ini :

[“Transgenderism is a reality that we cannot deny so if we are unable to avoid it, why not live with it in the context of treating them fairly?]

What is the meaning by "treating them fairly" here?

5. [“The marginalised community is not asking for same-sex marriage or special rights, but wish to live as normal Malaysians, which I think we have no problem with,” he said.]

Bukankah kenyataan ini juga menunjukkan seolah-olah kita mengiktiraf mereka dalam masyarakat?

6. [Mujahid said following the discussion with Nisha, he agreed that more awareness was needed to educate the public that transgender groups also want equal access to education and houses of worship.]

Instead of menyekolahkan (baca merawat) golongan aktivis, Menteri pula ingin menyekolahkan masyarakat untuk menerima golongan LGBT.

7. Sekali lagi Menteri gagal membezakan "merawat" dan "mengiktiraf".Dan kenyataan-kenyataan yang dikemukakan di atas, jika tidak diseleweng oleh media, jelas bermaksud mengiktiraf, bukan merawat.

Malang sekali keterbukaan kita melanggari sempadan. Golongan ini minoriti (buat masa ini) tetapi jangan lupa mereka didokong pertubuhan antarabangsa yang lain.

8. Jika kita merujuk Semakan Berkala Sejagat (UPR) Hak Asasi Manusia, jelas ada permintaan terhadap pengiktirafan golongan songsang ini di Malaysia. Namun, sehingga kali kedua ia berlangsung, Malaysia masih kekal menolak untuk mengiktiraf.

November ini adalah UPR ketiga buat Malaysia, harapnya tidak berlaku perkara diluar jangka.

[Ditulis Oleh Sdr Hafiz Mansor, AJK Pemuda PAS Batu]

®Diterbitkan Oleh Penerangan Pemuda PAS Batu✓

#socialtalk
#pemudaPASBatu

LIKE FB PAGE
Pemudabatu.com

PLEASE CLICK, LIKE & SHARE
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1085065171646076&id=138734896279113

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo