NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Audit akui prestasi Kelantan cemerlang



PRESTASI KELANTAN CEMERLANG

KOTA BHARU, 6 Ogos 2018 : Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menerima markah 96.81 peratus bagi Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2017 dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1.

Namun begitu, prestasi jabatan itu menunjukkan penurunan berbanding markah 99 peratus mengikut Prestasi Pengurusan Kewangan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Prestasi jabatan kerajaan negeri itu antara sembilan jabatan dan agensi kerajaan negeri yang berada di tahap cemerlang, manakala tiga lagi di tahap baik, serta masing-masing satu jabatan pada tahap memuaskan dan kurang memuaskan.

Mengikut laporan dikeluarkan hari ini, semakan sepanjang tahun lalu terhadap 14 jabatan dan agensi kerajaan negeri merangkumi elemen seperti kawalan pengurusan; bajet; terimaan; pengurusan perolehan; kawalan perbelanjaan; pengurusan kumpulan wang atau akaun amanah dan deposit; pengurusan aset dan stor; pengurusan kenderaan kerajaan; pengurusan pelaburan dan pinjaman; serta pengurusan penyata kewangan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar dilihat satu-satunya jabatan kerajaan negeri yang dinilai di tahap kurang memuaskan apabila hanya sekadar memperoleh markah 67.58 peratus.

Sementara itu, secara keseluruhannya, Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati pengauditan yang dijalankan menunjukkan beberapa penambahbaikan dalam pelaksanaan program dan aktiviti jabatan dan agensi kerajaan negeri seperti berkurangnya kes ketidakpatuhan terhadap prosedur dan penetapan asas yang jelas dalam pelaksanaan projek atau program.

“Namun begitu, kegagalan mengambil tindakan awal terhadap masalah yang berlaku sepanjang pelaksanaan projek atau program menjejaskan pencapaian matlamat pada akhirnya.

“Selain itu, aspek pemantauan dan penyeliaan masih perlu dipertingkatkan dan dilakukan secara berterusan terhadap kerja yang dilaksanakan oleh kakitangan bawahan, kontraktor dan vendor,” katanya.

Sehubungan itu, jabatan dan agensi negeri yang terbabit bukan saja perlu mengambil tindakan selepas mendapat teguran daripada JAN, malah perlu bertindak dengan cepat sebaik sahaja masalah atau kelemahan itu dikenal pasti.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo