NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

20 markah untuk kad laporan 100 hari PH


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hanya memberikan 20 markah untuk kad laporan janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika membentangkannya kepada media dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

Angka itu jelas menunjukkan bahawa lebih separuh daripada 10 janji yang perlu ditunaikan oleh PH dalam jangka masa 100 hari selepas diberikan mandat oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah berstatus gagal ditunaikan.

Penasihat Suaram, Dr. Kua Kia Soong berkata, sikap kerajaan yang dilihat sengaja melengah-lengahkan agenda reformasi yang sangat diimpikan rakyat adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diterima.

Menurut beliau, sebaliknya, kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti lebih cenderung untuk melaksanakan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam manifesto dan bukan keutamaan seperti projek kereta nasional ketiga.

“Selain itu, kita juga melihat bahawa trend dalam membuat keputusan oleh kerajaan hari ini bersifat autokratik, seolah-olah sama seperti yang berlaku ketika era pentadbiran 1.0 Dr. Mahathir,” katanya ketika membentangkan laporan berkenaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pemangku Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Sharul Aman Mohd. Saari dan pensyarah komunikasi di University of Nottingham kampus Malaysia, V. Gayathry. - UTUSAN ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo