Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipilih sebagai Ketua Pembangkang, berdasarkan susunan kerusi di Dewan Rakyat.
Kerusi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu di berada di kedudukan pertama, barisan kiri di Dewan Rakyat, ruang untuk Ketua Pembangkang.
Pemilihan itu turut disahkan oleh, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ketika ditemui media, di Parlimen pagi Isnin.
Sementara itu, Annuar berkata, UMNO belum memutuskan untuk bertanding atau tidak Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis. - Wartawan Watan-Online
No comments
Post a Comment