Putrajaya - Rayuan Injuksi Wisma Tok Guru [Husam Musa lwn Mohd Yasin(PAS Kelantan) oleh Dato Husam Musa hari ini telah ditolak Mahkamah Rayuan hari ini dengan kos sebanyak RM10k.
Permohonan Injuksi ini dipohon Husam untuk menghalang Defendan/PAS Kelantan dari memasuki/menggunakan Wisma Tok Guru (Wisma Oren) selepas hartanah tersebut dibeli dan berpindah milik kepada Defendan.
Husam diwakili sepasukan Peguam yang diketuai Gopal Sri Ram, manakala Mohd Yasin (PAS Kelantan) diwakili sekumpulan 11 Peguam diketuai Tun Salleh Abas dan Dato’ Takiyuddin Hassan.
Hakim Nalinni Pathmanathan yang mengetuai Panel 3 Hakim memutuskan, antara lainnya, bahawa Mahkamah Tinggi membuat dapatan yang betul bahawa tuntutan Perayu/Plaintif tidak mempunyai isu untuk dibicarakan (no issues to be tried). Panel juga memutuskan bahawa sandaran tuntutan atas doktrin equiti ke atas fizikal bangunan tersebut adalah tidak terpakai dalam kes ini. Dalam apa keadaan sekali pun, doktrin equity hanya terpakai terhadap pemilik dahulu dan tidak boleh dipanjangkan kepada Pemilik baru (Mohd Yassin).
No comments
Post a Comment