NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno Tetap Parti Haram, Kata Rais Yatim



KUALA LUMPUR - Presiden baharu, Timbalan Presiden baharu malah Ketua Pemuda juga muka baharu namun bekas Menteri Kanan, Tan Sri Rais Yatim tetap mendakwa Umno adalah parti haram meskipun sudah mengadakan pemilihan baru-baru ini.

Alasan beliau, surat penangguhan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak boleh dikira sehinggalah mahkamah memberi suatu penghakiman yang sahih yang masih belum diperoleh sehingga kini.

Memetik laporan Malaysiakini, Rais menganggap surat dari ROS tidak sah kecuali jika dibuat pindaan kepada Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966 untuk membenarkan perkara itu.

"Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan supaya kuasa pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya yang sahih.

"Jika diiktiraf kuasa ROS, maka pindaan kepada Seksyen 14 Akta Pertubuhan sekurang-kurangnya harus dipinda iaitu mengatakan apa-apa pemanjangan yang dibenarkan ROS bersabit parti politik atau pertubuhan adalah sah.

"Jika itu tidak ada, surat ROS itu saya pertikaikan tidak sah sebab kuasa perlembagaan parti lebih besar daripada surat (penangguhan ROS)," katanya.

Sebelum PRU14, Rais pernah berkata Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya pada 19 April 2018 dan menasihatkan ahli Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan parti.

"Sebelum pemilihan baru-baru ini, kali terakhir Umno mengadakan pemilihan pada 19 Oktober 2013. Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan di bawah Fasal 10.16.

"Sekiranya Fasal 10.16 itu dicabul, maka pemilihan tersebut juga tidak sah dan ia perlu dibawa ke mahkamah tinggi bagi mendapatkan keputusan berkaitan status Umno," jelasnya.

Dalam pada itu, bekas Veteran Umno ini berkata, pemilihan Umno kali ini menunjukkan akar umbi parti berada dalam keadaan selesa lantas membuatkan mereka enggan berubah.

"Saya fikir bahagian tak nak berubah sebab mereka fikir dalam zon selesa jadi mereka tak nak keluar kepompong itu. Mereka nak setiap bulan dapat duit, ada duit ada kerja. Tak ada duit diam dulu.

"Ini bukan yang kita maksudkan ketua bahagian masa depan kita tak payah bayar duit. Dia kerja sukarelawan tapi ini tak ada. Dan parti politik yang tak ada ini akan hancur masa depannya,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo