Jentera UMNO perlu bergerak menggunakan taktik ‘gerila’ jika ingin meraih semula kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) serta Pilihan Raya Kecil (PRK), kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, dalam persekitaran baharu, taktik secara konvensional tidak lagi relevan dan jentera parti perlu agresif menggunakan kecanggihan teknologi maklumat untuk menyerang Kerajaan Pakatan Harapan dari segenap sudut.
“Pemimpin dan ahli BN perlu terus berjuang dan tidak menganggap kekalahan pada PRU-14 sebagai penamat parti.
“Kita jangan anggap ini kiamat politik tetapi anggaplah ujian.Tunjukkan solidariti kita dan sama-sama kita bangkit berjuang.
“Jangan tunggu arahan untuk menggerakkan jentera. Jangan tunggu disogok atau tunggu habuan. Jika sayang pada negara, rakyat, bergeraklah sekarang’ ,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengenalan Calon dan Penyerahan Anak Angkat Bahagian Selangor untuk PRK Sungai Kandis di sini malam Isnin.
Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad ; Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan ; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.
Dalam pada itu Annuar mahu semua pemimpin dan ahli BN bekerja keras dalam meraih sokongan rakyat.
“Tuhan menyuruh kita berpegang teguh pada tali Allah. Biarkan apa Tun Dr. Mahathir Mohamad nak kata. Saya pun pelik kenapa dia nak sibuk padal kita. Ini urusan kita dengan siapa mahu berpakat,” katanya.
Sumber: http://watan-online.com/umno-perlu-guna-taktik-gerila-annuar/
Sumber: http://watan-online.com/umno-perlu-guna-taktik-gerila-annuar/
No comments
Post a Comment