Konsisten dengan pendirian serta perjalanan diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pusat tentang kes yang perlu dibuka semula, di bawah ini kami sertakan cadangan kami.
Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM300 juta telah runtuh pada 2hb Jun 2009 pada jam 9.40 pagi. Stadium ini telah merupakan venue utama Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2008 di Kuala Terengganu.
Bumbung yang runtuh terletak di bahagian timur stadium lebih kurang 150 meter panjangnya. Ia adalah bahagian bumbung yang menutup "Grand Stand" – tempat duduk utama stadium untuk V.V.I.P dan penonton-penonton lain.
Beberapa perkara dan isu perlu dirakamkan di sini.
i. Pada acara pembukaan dan juga penutup Sukan Malaysia (SUKMA) pada 31 Mei hingga 9 Jun 2008, Stadium Sultan Zainal Abidin telah diisi penuh oleh penonton ke tahap maksimum sekitar 60,000 orang termasuk DYMM Sultan Terengganu dan Menteri-menteri Kerajaan Pusat.
Jika keruntuhan bumbung telah berlaku pada acara tersebut, ramai jiwa mungkin beribu-ribu akan telah terkorban. Oleh itu insiden keruntuhan bumbung ini perlu dipandang serius dan segala siasatan mesti menentukan apakah puncanya ia berlaku – baik masalah teknikal atau kecuaian manusia, supaya ianya tidak berulang lagi.
ii. Mengikut laporan siasatan oleh Kerajaan/JKR, struktur bumbung yang berharga lebih kurang RM35 juta tersebut telah di rekabentuk dan dibina secara "design and built" – reka dan bina, oleh pihak pemborong bumbung dari Korea. Oleh itu segala tanggungjawab dipikul oleh pemborong utama serta pemborong Korea tersebut.
Setelah laporan terperinci selesai serta siasatan telah siap dilaksanakan, kita masih belum mengetahui :-
a) Siapakah Jurutera asal bertanggungjawab atas rekabentuk bumbung yang telah runtuh tersebut. Hampir setahun selepas bumbung di sebelah timur runtuh, bumbung sebelah barat pula telah runtuh juga. Insiden kedua ini sepatutnya boleh dielakkan.
b) Siapakah yang akan bertanggungjawab membaiki serta mengganti atau bayar ganti rugi bumbung yang runtuh tersebut?
c) Kenapakah pihak pemborong dari Korea tidak berdaftar dengan C.I.D.B. Malaysia seperti diwajibkan oleh peraturan Pembinaan Negara ke atas semua pemborong-pemborong tempatan dan juga asing?
d) Siapakah yang bertanggungjawab ke atas pengawasan kerja di tapak – "site supervision dan sebagai 'pegawai berkuasa' seperti diwajibkan ke atas semua projek-projek besar yang melibatkan isu keselamatan. Perkara ini tidak pernah diumumkan kepada awam dan didakwa di atas kecuaian menjalankan tugas serta tanggungjawab pengawasan.
e) Kerosakan di stadium asalnya adalah disebabkan bumbung utama yang berharga RM35 juta yang telah runtuh. Persoalannya bagaimana dan kenapa kecurian dan kerosakan yang lebih luas telah dibenarkan berlaku ke atas :-
– Kecurian kabel letrik utama
– Kecurian beberapa generator letrik stadium
– Kecurian peralatan-peralatan letrik lain
– Kecurian serta kerosakan peralatan "bowling alley"
– Kecurian dan kerosakan perabut
Ini semua telah melibatkan kerugian kos tambahan berpuluh juta lagi. Kenapa ia dibenarkan berlaku? Di mana kecuaiaan diulangi lagi.
Kesemua yang disebut di atas menunjukkan beberapa isu perkara seperti tersenarai di bawah :-
1) Urus tadbir umum – "good governance" yang amat lemah
2) Tidak ada akauntabiliti dari pihak jurutera professional yang terlibat dengan rekabentuk dan pihak berkenaan tidak dikenal pasti dan didakwa pun.
3) Kecuaian yang meluas menjaga harta kerajaan baik semasa berlaku bumbung runtuh baikpun bertahun selepas insiden tersebut melibatkan kecurian yang makin meluas dan kerosakan yang bertambah dan berterusan.
4) Tiada tindakan undang-undang atau disiplin diambil kepada para professional atau pegawai kerajaan yang telah bertindak dengan cuai dan tidak bertanggungjawab.
5) Mengapa sehingga hari ini bumbung yang runtuh dan barang-barang peralatan yang dicuri belum diganti atau dibaiki.
SPRM telah membuat siasatan yang panjang dan terperinci dalam kes bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan ini.
Bagaimanapun punca masalah dan pesalah utama sebenarnya tidak di umumkan dan di ketahui hingga ke hari ini kerana tiada pendakwaan utama dan meyakinkan telah di lakukan.
Ini akan tidak menjadi satu "deterent" atau sesuatu pengajaran supaya kes seperti ini tidak berulang lagi dengan akibat yang lebih dahsyat. Tidak ada pengajaran dan tauladan dapat diperolehi dari insiden tersebut kerana tiada pesalah ditemui dan didakwa. Orang utama serta mereka yang bersalah tidak di bawa ke muka pengadilan di mahkamah.
Kita tidak boleh biarkan negara serta negeri dikenali sebagai tempat berlakunya kesalahan-kesalahan jenayah tanpa penjenayah – "crime without criminals "
Saya berpendapat siasatan SPRM telah dibuat secara menyeluruh tetapi di atas gangguan pihak berkuasa atasan tertentu pendakwaan sepenuh dan secara menyeluruh sepatutnya tidak dilakukan. Ini tidak konsisten dengan nilai-nilai dan pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan hari ini di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir.
Oleh itu saya memohon siasatan dibuka semula oleh SPRM ke atas kes tersebut di atas, dalam usaha kita membina budaya kerja professional membina Malaysia Baharu.
No comments
Post a Comment