NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat Jemput Radiohead Ke Malaysia Dalam Proses Akhir



IPOH – Nurul Izzah Anwar hari ini berkata beliau komited untuk menunaikan janjinya bagi membawa kumpulan rock, Radiohead ke negara ini.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau kini dalam proses akhir untuk menyerahkan surat terbuka kepada kumpulan rock Inggeris tersebut.

“Saya akan buat surat terbuka dan kini dalam proses terakhir untuk memberi pendedahan kepada mereka betapa pentingnya prihatin dan sensitif dengan isu dengan perjuangan rakyat Palestin.

“Kedua (berharap) mereka bersetuju dengan cadangan saya untuk mengadakan konsert atas nama konsert amal,” katanya kepada pemberita selepas memberi pembentangan padahari terakhir Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam Kelima (WCIT) 2018 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah, di sini.

Pemimpin kanan PKR itu menyatakan komitmen untuk membawa kumpulan rock berkenaan ke negara ini menerusi akaun Twitternya pada Mei lalu.

“Indeed. A promise is a promise #PostRamadanDiscussion. Now get on to work! (Semestinya. Janji tetap janji#Perbincangan Selepas Ramadan. Kini perlu bekerja),” katanya.

Nurul Izzah juga secara bergurau meminta pemberita agar tidak melaporkan dengan terperinci perkembangan tersebut kerana khuatir kumpulan yang berasal dari Abingdon, Oxfordshire itu akan menolak permintaannya.

“….Radiohead tolak siapa perlu dipersalahkan.. media Malaysia juga,” katanya.


Ditubuhkan pada 1985, kumpulan Radiohead terkenal dengan lagu-lagu seperti Creep, No Surprises, Karma Police, Exit Music, High and Dry dan My Iron Lung. – BERNAMA



Adakah PH mampu tunai janji 100 hari?

Ya
Tidak


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo