Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee bakal mengisi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Difahamkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Ahli Parlimen Beluran itu.
Selain Ronald, Ahli Parlimen pembangkang yang akan berada dalam jawatankuasa itu termasuklah Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming ketika membayangkan perkara tersebut berkata, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat akan berbincang dan membangkitkan perkara itu dalam pertemuan mingguan mereka dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Khamis ini.
“Sudah tentu kami serius untuk menunaikan manifesto, itu antara sebab mengapa kami akan membincangkan perkara ini. Jika tak serius, kami tak akan bincang mengenainya.
“Kena tanya Ahmad Zahid,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan menerima jawatan tersebut atau tidak.
Terdahulu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Bersama Editor-Editor Media di bangunan Parlimen, pada Selasa. - Wartawan Watan-Online
No comments
Post a Comment