"Itu tak ada dalam perancangan kita, kita belum fikir dan tak ada apa-apa keputusan mengenainya lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas sama ada PAS akan turun membantu kempen Umno di Sungai Kandis pada PRK, Sabtu ini.
Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini berkata PRK Sungai Kandis mungkin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Harapan.
Kata Asyraf, ini kerana satu lagi parti pembangkang utama, PAS, sedia memberi laluan kepada Umno dan tidak akan meletakkan calon.
Mengulas lanjut perkembangan itu, Takiyuddin berkata tindakan PAS tidak meletakkan calon bagi bukan bermakna partinya akan bekerjasama dengan Umno.
"Kita tak bertanding sebagai mana dalam PRK sebelum ini seperti di Batu Talam, Pahang, jadi, bukan bermakna kita bekerjasama memberi laluan kepada Umno itu tak ada.
"Dalam kes ini kita putuskan tidak bertanding dan kebetulan Umno yang bertanding, jadi mungkin atas dasar-dasar lainnya kita rasa di DUN Selangor itu memerlukan wakil daripada pembangkang, jadi biar satu sahaja parti pembangkang yang masuk.
"Kita tak bertanding PRK Sungai Kandis atas beberapa sebab, justifikasi," katanya.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.
Pada pilihan raya umum ke-14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada Umno, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos ini sebagai hari pengundian, manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.
No comments
Post a Comment