NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis Xinjiang potong skirt labuh wanita Muslim



XINJIANG, 5 Zulkaedah 1439H, Rabu – Penindasan terhadap etnik Islam Uighur tidak pernah terhenti, kali ini polis di wilayah Xinjiang bertindak agresif memotong baju dan skirt labuh yang dipakai wanita muslim.

Tindakan itu difahamkan sebagai kempen berterusan menyasarkan etnik Uighur di wilayah itu. Business Insider melaporkan, wanita muslim dilarang pakaian menutup aurat seperti memakai skirt labuh dan burqa.

Beberapa gambar di media sosial tular menunjukkan beberapa wanita ditahan di tengah jalan, kemudiannya pihak polis bertindak memotong pakaian mereka.

Malah, seorang wanita dalam gambar dilihat masih memakai topi keledar, memberi gambaran seolah-olah polis menariknya ketika dia sedang menunggang motosikal.

Jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit, memberitahu Radio Free Asia bahawa tindakan kerajaan China adalah serangan terhadap wanita Uighur.

"Dalam dunia ini tidak ada kerajaan yang sibuk hendak memotong pakaian wanita. Ini benar-benar tidak masuk akal. Masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan China memalukan wanita Uighur dengan cara sedemikian," katanya.

Kerajaan China sentiasa menindas muslim Uighur di Xinjiang, antaranya tidak membenarkan setiap kakitangan, guru dan pelajar berpuasa dan menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bulan suci ini.

Bahkan, muslim Uighur juga tidak dibenarkan untuk memakai tudung, membela janggut, memakai lambang bulan sabit dan bintang di pakaian atau pengangkutan awam.

Pihak berkuasa turut memasang aplikasi pengawasan pada telefon penduduk dan mula mengumpul sampel DNA, cap jari, imbasan iris, dan jenis darah dari penduduk yang berumur antara 12 dan 65 tahun.

Bukan itu sahaja, mereka juga menghadapai kesukaran untuk mendapatkan passport terutama ketika ingin menunaikan haji.

Lebih teruk apabila kerajaan China yang menentukan imam, bahan ceramah dalam aktiviti keagamaan, tempat untuk diadakan segala aktiviti keagamaan dan versi Al-Quran yang digunakan. – Agensi


Sumber:

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo