NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengerusi HINDRAF Angkat Sumpah Sebagai Menteri



KUALA LUMPUR – Lima senator hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil itu didahului Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) Senator P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Waytha Moorthy kemudian menerima surat cara pelantikan dan melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.


Turut menyaksikan istiadat itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Empat lagi senator yang mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri didahului Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang Senator Marzuki Yahya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri dan Ketua PPBM Bahagian Ketereh Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Dua lagi senator yang mengangkat sumpah ialah Pengerusi DAP Johor Senator Liew Ching Tong sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengerusi Parti Amanah Negara Terengganu Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Terdahulu, lima senator berkenaan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini pada 2 Julai, 13 menteri mengangkat sumpah menjadikan keseluruhan 27 menteri dalam kabinet Dr Mahathir, menyusuli 13 menteri terdahulu yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 21 Mei lepas.

Pada 10 Mei lepas, Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional.

Kemudian pada 21 Mei, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga mendahului 13 lagi anggota kabinet mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia masing-masing. – BERNAMA
( Hide )
  1. Bagaimana pengganas boleh dilantik sebagai menteri?

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo