KUALA LUMPUR 26 Julai - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR Ogos ini.
"Saya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden, saya tidak berminat dengan apa-apa jawatan kerajaan tetapi saya masih berhutang dengan anggota PKR untuk tidak berundur begitu saja," katanya kepada Malaysiakini seperti disiarkan hari ini.
Tambah bekas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, beliau akan membuat pengumuman rasmi pada Ahad ini.
Sementara itu, kata Rafizi, keputusannya untuk merebut kerusi nombor dua PKR itu disifatkan sebagai pertandingan antara ahli politik dengan reformis dalam PKR.
"Dalam PKR ada ramai seperti saya, yang tidak pernah berada dalam politik atau berminat dengan politik, tetapi 'terjaga' selepas apa yang berlaku pada 1998. Persaingan idea antara apa yang digelar sebagai kumpulan reformis dengan mereka yang sudah menjadi ahli politik seumur hidup mereka akan sentiasa ada.
"Jadi saya fikir tidak pelik jika idea ini ditunjukkan di peringkat timbalan presiden," katanya.
Jawatan Timbalan Presiden PKR kini disandang oleh Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - UTUSAN ONLINE
PARLIMEN | Putrajaya sedang berusaha membuat pindaan undang-undang yang akan memaksa penyedia platform media sosial mendedahkan data penggu...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment