NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan Pengerusi PAC berdasarkan undian - Tony Pua


SHAH ALAM, 13 Zulkaedah 1439H, Khamis – Pertimbangan hanya nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengisi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukan muktamad kerana ia harus berdasarkan undian semua anggota Parlimen.
Bekas anggota PAC, Tony Pua Kiam Wee berkata, ini kerana ada kemungkinan mana-mana anggota Parlimen pembangkang lain yang berminat akan muncul untuk menjadi antara calon bagi mengisi jawatan tersebut.
"Saya tidak tahu siapa akan dilantik (menjadi pengerusi PAC) tapi memang ia harus datang daripada pihak pembangkang untuk beri semak dan imbang kepada kerajaan sekarang.
"Kalau mungkin ada (anggota Parlimen pembangkang lain) yang berminat, kita tunggu dan lihat sajalah," katanya kepada pemberita
Pua, yang juga Anggota Parlimen Damansara berkata, kerajaan Pakatan Harapan akan menerima sesiapa sahaja dari pihak pembangkang untuk mengisi jawatan berkenaan.
Media semalam melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mengesahkan hanya nama Ahmad Zahid sahaja yang dipertimbangkan untuk dipilih sebagai Pengerusi PAC.
Namun, katanya, buat masa ini keputusan itu adalah di tangan Ahmad Zahid sama ada mahu menerima jawatan tersebut atau tidak. – Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo