Mungkinkah ada motif dendam di sebalik penahanan Najib?
JOM KORBANKAN 2 JAM MASA KITA SEBAGAI TANDA SOLIDARITI BUAT DATO SRI NAJIB MALAM INI DI IBUPEJABAT SPRM
Dukacita dimaklumkan bahawa YB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah ditahan oleh pihak SPRM petang ini 3hb Julai, 2018 dan dijangka akan didakwa di Mahkamah esok.
Adalah dipercayai beliau tidak akan dituduh kerana mencuri duit 1MDB sepertimana fitnah yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sehingga Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 lalu. Sebaliknya, beliau dijangka akan didakwa dibawah kesalahan lain seperti Akta Pengubahan Wang Haram (Amla).
Sekiranya DSN tidak didakwa mencuri duit 1MDB sepertimana tuduhan Tun Mahathir, ini merupakan kemenangan besar bagi Dato Sri Najib. Ini juga membuktikan bahawa tuduhan bahawa Tan Sri Ghani Patail, bekas Peguam Negara dipecat kerana sudah menyediakan kertas pendakwaan keatas Dato Sri Najib kerana mencuri duit 1MDB adalah tidak benar sama sekali. Jika 2015 sudah wujud kertas pertuduhan yang berasaskan bukti, SPRM sudah pasti tidak memerlukan hampir 2 bulan untuk menyediakan kertas pendakwaan.
Dalam masa yang sama, Pantau Malaysia Baru ingin mempersoalkan keperluan pihak SPRM menahan Dato’ Sri Najib dan memaksa bekas Perdana Menteri itu tidur dilokap malam ini. Adakah beliau penjenayah yang ingin melarikan diri dari proses perundangan? Bukankah sebelum ini beliau memberikan kerjasama penuh untuk hadir ke SPRM tanpa sebarang masalah? Tidak bolehkah cara yang sama digunakan oleh SPRM untuk mengundang Dato Sri Najib ke Mahkamah bagi proses pendakwaan?
Bolehkah ini dijadikan bukti bagi menunjukkan Ketua Pengarah SPRM, Dato’ Sri Shukri Abdull masih lagi menaruh dendam dengan Dato’ Sri Najib sepertimana dakwaan beliau sendiri dalam sidang medianya yang pertama? Adakah ini rule of law yang dilaungkan? Kenapa sehingga kini tidak ada sebarang tindakan ke atas laporan polis saya terhadap Dato Sri Shukri Abdull yang jelas telah membuat pengakuan secara live dikaca TV bahawa beliau telah gagal melapurkan dua cubaan merasuah beliau oleh seorang ahli parlimen berhubung kes 1MDB ini? Adakah rule of law hanya diperlaku ke atas penyokong dan pemimpin pembangkang sahaja?
Cukup-cukuplah dengan politik balas dendam Pakatan Harapan ini. Rakyat bukan bodoh, kami tahu sandiwara ini semua bagi mengalih perhatian rakyat daripada membicarakan soal kegagalan Pakatan Harapan melaksanakan semua janji manis mereka.
Saya seru kepada semua rakyat Malaysia. Ayuh kita nyatakan bantahan kita terhadap penganiayaan yang dilakukan kepada Dato Sri Najib Razak malam ini. Jom bersama saya hanya untuk 2 jam. Dari jam 9-11 malam ini 3/7/2018. Mari kita korbankan masa kita untuk turun ke Ibu Pejabat SPRM, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya, sebagai tanda solidariti kita kepada Dato Sri Najib dan rasa kecewa kita kepada pemerintah yang zalim.
Lokman Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru
#Solidariti4DSNR
#Pray4DSNR
Untuk Keterangan Lanjut, sila hubungi saya : 0123320000
No comments
Post a Comment