Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mengalami serangan jantung ringan petang tadi dan kini diletakkan di bawah jagaan tapi di Hospital Pulau Pinang.
Menurut pembantunya, Muhasdey Muhammad, keadaan Zakiyuddin kini stabil.
"Zakiyuddin mengalami sakit di dada sebelum menghadiri program di Kepala Batas kira-kira 11.45 pagi tadi.
"Pemandunya telah membawanya ke hospital swasta lima minit kemudian," katanya.
Zakiyuddin kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.
"Beliau kini stabil dan boleh bercakap. Doktor menasihatkan beliau untuk berehat sebelum kembali bekerja," kata Muhasdey.
Zakiyuddin, 60, merupakan anggota dewan undangan negeri Pinang Tunggal dan turut memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat negeri.
[pemilik akaun sendiri.
No comments
Post a Comment