MESUT Ozil mengambil keputusan bersara daripada aksi antarabangsa Jerman.
Perancang skuad Arsenal berusia 29 tahun itu terpaksa membuat keputusan bersara kerana mendakwa dijadikan propaganda politik dan tidak lagi berasa bangga menyarung jersi Jerman.
Ozil dikritik selepas Jerman tersingkir awal dalam pusingan pertama Piala Dunia yang menyaksikan persembahan terburuk negara itu sepanjang 80 tahun.
Dia dikecam selepas dilihat bergambar bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang kontroversi.
Ozil memuat naik tiga helai surat terbuka pada Ahad dan mengesahkan bersara daripada aksi antarabangsa.
Malah Ozil menjadi subjek utama dalam isu rasis dan tidak hormat.
Pemain yang mempuyai darah campuran Jerman-Turki itu berkata, dia dan keluarga turut menerima email kebencian, panggilan ugutan dan penderaan media sosial.
"Layanan yang diterima DFB (Persatuan Bola Sepak Jerman) dan banyak pihak membuatkan saya tidak lagi mahu menyarung jersi negara.
"Saya rasa tidak diperlukan dan fikir apa yang saya capai sejak penampilan bersama skuad negara pada tahun 2009 telah dilupakan.
Sebahagian surat terbuka dari Ozil.
"Saya tidak lagi bermain bersama Jerman di peringkat kebangsaan yang dirasakan penuh dengan rasis dan tidak hormat.
"Saya sepatutnya berada bangga apabila memakai jersi Jerman, namun tidak lagi.
"Cukup, cukuplah apabila pihak atasa DFB mengugut saya, tidak menghormati asal usul Turki dan pentingkan diri yang meletakkan saya dalam propaganda politik.
"Ini bukan sebab kenapa saya bermain bola sepak, dan saya tidak akan duduk diam serta tidak berbuat apa-apa. Rasis sepatutnya langsung tidak boleh diterima.
"Saya Jerman apabila menang, tetapi apabila kalah saya adalah pendatang," jelasnya.
No comments
Post a Comment