NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri, Timbalan Menteri PH Hilang Juga Dari Hadir Sidang Parlimen  


 
Meskipun baharu ditegur Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak puashati dengan kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen, persidangan Dewan Rakyat hari ini terpaksa ditangguhkan selama 10 minit kerana tidak cukup korum.
Malah, menteri dan timbalan menteri juga 'hilang' ketika sesi Parlimen yang bersambung pada sebelah petang Selasa.
Sebaik Dewan Rakyat disambung semula selepas rehat tengah hari, Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat membangkitkan mengenai mesyuarat tidak cukup korum.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudiannya mengarahkan persidangan itu ditangguhkan selama 10 minit sehingga korum mencukupi untuk meneruskan sidang sesi petang.
Datuk Ismail Mohd Said (BN-UMNO Kuala Krau) secara berseloroh menegur penyokong kerajaan: "Apa la… baru PM tegur semalam,"
Dewan Rakyat kemudiannya disambung semula dengan kehadiran 35 Ahli Parlimen.
Semalam Mahathir berkata beliau tidak berpuashati dengan tahap kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen.
Beliau bagaimanapun menegaskan tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas di Parlimen.

Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo