NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memelihara Agama: Mengapa Rasulullah Hancurkan Berhala?




1. KETIKA berjaya menguasai Mekah, Rasulullahļ·ŗ mengarahkan para sahabat supaya meruntuhkan semua berhala. Menurut al-Bukhari terdapat hampir 360 buah berhala dan Rasulullahļ·ŗ sendiri yang memukulnya dengan tongkat Baginda. Apakah Rasulullahļ·ŗ tidak menghormati hak kemanusiaan Quraysh untuk beragama?

2. Malah Rasulullahļ·ŗ memerintahkan para sahabat untuk meruntuhkan berhala disekitar Mekah. Khalid al-Walid meruntuhkan berhala terbesar iaitu al-Uzza yang terletak di Nakhlah (HR al-Nasai'i & al-Bayhaqi). Saidina Amru al-As pula menghancurkan berhala Suwa' (Ibn Sa'd, al-Tabaqat), manakala Sa'd ibn Zaid pula menghapuskan berhala Manah.

3. Mengapa Rasulullahļ·ŗ mengarahkan sahabat untuk menghancurkan berhala sembahan Qurasyh? Apakah Bagindaļ·ŗ tidak menghormati dan memberi hak beragama Quraysh? Atau apakah iman para sahabat senipis kulit bawang? Takkan tengok berhala sahaja boleh menyebabkan mereka ingin kembali kepada kekufuran?

4. Dari satu aspek, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa arahan Rasulullahļ·ŗ ini adalah bagi memelihara Muslim itu sendiri dari terpedaya atau terpesona untuk kembali kepada kekufuran. Lihatlah bagaimana sahabat yang mempunyai keimanan yang tinggi tersebut masih boleh terdedah kepada fitnah aqidah ini. Sekalipun Bagindaļ·ŗ ada di sisi mereka, Bagindaļ·ŗ memastikan agama seorang Muslim itu terpelihara dahulu.

5. Dengan sebab itu ketika mana Saidina Umar membawa Taurat dan dibaca di sisi Rasulullahļ·ŗ, Baginda menjadi marah dan berkata: Apakah engkau terpesona dengannya wahai Ibn al-Khattab? (HR Ahmad & al-Nasai'i). Menurut al-Qurtubi, larangan Rasulullahļ·ŗ ini bagi mengelakkan mereka yang tidak mahir dengan agama lain daripada terpengaruh sehingga meninggalkan Islam. (al-Qurtubi, al-Jami' li Ahkam al-Quran).

6. Lihatlah bagaimana Bagindaļ·ŗ mengutamakan memelihara agama dan aqidah Muslim itu sendiri dengan tindakan yang sangat tegas. Bukan kerana iman sahabat Nabi itu senipis bawang, tetapi kerana langkah pemeliharaan aqidah itu sangat utama.
Mudah-mudahan Allah memelihara umat Islam.

Dr Ahmad Sanusi Azmi  ialah Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo