KUALA LUMPUR, 20 Syawal 1439H, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui tidak bersalah atas empat pertuduhan yang dibicarakan terhadapnya dan memohon untuk dibicarakan.
Beliau berkata demikian selepas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta dibacakan sekali lagi di Mahkamah Tinggi sebentar tadi.
Sementara itu, Peguam Negara, Tommy Thomas, memberitahu mahkamah pihaknya tidak membantah sebarang jaminan diberikan walaupun pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Beliau menawarkan jaminan RM4 juta dengan dua orang penjamin tanpa syarat tambahan.
Bagaimanapun, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membantah jumlah itu kerana terlalu tinggi.
Beliau memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan mengambil kira perkhidmatan anak guamnya dalam berkhidmat kepada kepada rakyat.
Mahkamah menetapkan jaminan tunai RM1 juta dengan dua penjamin kepada Najib dan mengarahkan dua pasport bekas PM itu diserahkan kepada mahkamah.
Dua anak Najib difahamkan akan menjadi penjamin kepada bapa mereka.
No comments
Post a Comment