NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LGBT: Agamawan, menteri tak patut 'beri nafas'



oleh:  USTAZ NIK MUHAMMAD NASRI

ADA agamawan yang menyebut bahawa golongan LGBT hanya berdosa biasa, tidak kufur. Ada juga yang meminta supaya golongan ini tidak didiskriminasi.

Golongan LGBT dan aktivisnya mungkin boleh tarik nafas lega apabila membaca kenyataan-kenyataan sebegini, sambil meneruskan aktiviti seks songsang mereka.

Kalau mereka tidak mengiktikadkan halalnya perbuatan mereka, memang tidak kufur, tetapi jika sebaliknya, ia menjadi kufur sebagaimana dalam hukum-hukum yang lain.

Mereka didiskriminasi? Siapa yang mendiskriminasi mereka? Bentuk yang bagaimana?

Dalam Al-Quran, Allah menceritakan kisah kaum Nabi Lut yang mengamalkan homoseks. Surah Hud ayat 77 sehingga 83 mengupas perkara ini. Tabiat seks songsang mereka dibantah oleh Nabi Lut. Ada kenyataan Nabi Lut agar mereka tidak didiskriminasi? Atau menganggap ia hanya dosa 'biasa' macam dosa lain? Bahkan Nabi Lut bertanya tiadakah orang yang cerdik dalam kalangan mereka yang boleh menasihati golongan ini?

Kaum Nabi Lut digambarkan sebagai agresif dalam aktiviti seks songsang mereka. Ketika mereka diberitahu tetamu Nabi Lut adalah 2 lelaki (yang sebenarnya 2 malaikat) yang sangat segak, mereka meluru ke arahnya. Saya tidak pasti setakat mana agresifnya golongan LGBT di Malaysia, tetapi yang pasti tulisan golongan ini di FB sangat menggelikan. Mereka pula punya gerakan tersendiri terhadap aktiviti menongkah fitrah ini.

Akibatnya aktiviti seks songsang yang hanya bertunjangkan hawa nafsu ini hanya menjemput bala dari Allah. Bumi diangkat tinggi, kemudian ditelangkupkan, batu berapi, seakan-akan peluru berpandu, yang datang bertalu-talu. Empat ciri sifat azab ini, tidakkah menggambarkan betapa murkanya Allah terhadap perbuatan terkutuk itu? Tidak sebagaimana dosa lain yang Allah bersedia menerima hamba-Nya yang berdosa.

Melihat kepada kesan murka Allah di sekitar Laut Mati yang merupakan kampung Sodom yang asal bagi kaum Nabi Lut sangat menggerunkan. Tanahnya bukan tanah asal permukaan bumi. Pokok kayunya seperti tangan hantu. Lautnya masin sehingga tiada hidupan di dalamnya. Lalu masih terasa seperti dosa biasa yang lain?

Kalau dikatakan hak. Apa kategori hak ini? Kalau dikatakan kebebasan, maka ia sebenarnya terbabas yang melampau. Kalau dianggap aktiviti ini bukan jenayah kerana tidak mengganggu orang lain, ia pandangan yang salah kerana ia mengganggu keharmonian institusi keluarga, sifat kemanusiaan dan menjemput bala Allah.

Kalau ada agamawan atau mufti yang ada sedikit kebijaksanaan, tentu dia akan menyebut: 'LGBT ini salah dari segi hukum agama, dan salah dari segi fitrah semulajadi manusia. Saya menyeru golongan ini segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.' Boleh juga si mufti tambah satu ayat lagi: 'Saya menyeru supaya menteri tidak mengambil seorang aktivis LGBT menjadi pegawai khasnya, kerana ia memberi isyarat secara halus, bahawa pemimpin kerajaan mengiktiraf aktiviti seks songsang golongan ini.'

Ketahuilah, kambing jantan tidak akan mengorat kambing jantan. Ia akan mencari betina untuk memuaskan nafsunya. Itu kambing. Golongan LGBT mahu menjadi lebih teruk dari kambing? Bertaubatlah.

Penulis ialah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu dan Timbalan YDP PAS Kemaman.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo